Menurut berita CRI, Presiden Filipina Gloria Arroyo semalam menolak tuntutan golongan pembangkang yang menuntut beliau meletakkan jawatannya.
Demikian dinyatakan oleh beliau semasa menyampaikan ucapan dalam majlis jamuan untuk rombongan diplomatik di Filipina.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, apa yang disebut sekotak pita rakaman Arroyo telah menimbulkan pergolakan politik di Filipina. Dimaklumkan, pita tersebut telah merakamkan percakapan tentang beliau melanggar peraturan semasa bertanding pilihan raya presiden Filipina pada Mei tahun lalu. Kerajaan Filipina menafikan tuduhan itu, tetapi golongan antikerajaan malah menimbulkan kerusuhan dan beberapa anggota parlimen bahkan menuntut beliau meletakkan jawatannya.
|