Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-13 14:20:10    
China Majukan Teknologi Angkasa Lepas

CRI

China berjaya melancarkan satelit dengan roket "Long March 3 B" yang dibuat oleh China sendiri di Pusat Pelancaran Satelit Xichang di bahagian barat daya China dan satelit komunikasi "APSTAR VI" buatan Perancis telah dihantar ke orbit yang ditetapkan. Satelit itu merupakan satelit buatan negara lain pertama yang dilancarkan oleh China sejak China tidak menyediakan sebarang perkhidmatan pelancaran satelit swasta antarabangsa sejak enam tahun lepas.

Sejak menyertai pasaran antarabangsa pada tahun 1985, China telah menyediakan perkhidmatan pelancaran satelit. Setakat ini, China telah melakukan dengan berjaya lebih 20 kali pelancaran satelit komersial dan 30 satelit negara lain dengan menggunakan roket Long March. Disebabkan persaingan yang tidak adil wujud di pasaran antarabangsa, China terpaksa menghentikan banyak kontrak urus niaga yang telah ditandatangani dalam tempoh enam tahun lalu.

Kejayaan China melancarkan satelit komunikasi "APSTAR VI" membuktikan keupayaan pelancaran satelit antarabangsa China. Naib Pengurus Besar Syarikat Kumpulan Sains dan Teknologi Angkasa Lepas China encik Ma Xingrui memberitahu wartawan,

"Kerajaan China berusaha untuk memasuki semula pasaran angkasa lepas antarabangsa pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertama, projek pengkajian telah dilaksanakan untuk meningkatkan fungsi roket Long March agar lebih selamat dan kedua beberapa kajian dan keluaran satelit telah dimajukan oleh Kumpulan Sains dan Teknologi Angkasa Lepas China dan satelit yang dibuat tersebut berteknologi tinggi untuk bersaing memasuki pasaran satelit antarabangsa."

Beliau menyatakan, untuk meningkatkan daya saing di pasaran, China meningkatkan kualiti roketnya terlebih dahulu. Usaha tersebut mencapai kejayaan yang ketara. Sejak bulan Oktober 1996, roket Long March China berjaya digunakan 42 kali berturut-turut. Selain itu, harga roket Long March China juga berpatutan sehingga roket tersebut mempunyai berdaya saing yang kuat di pasaran antarabangsa.

Pada tahun lalu, jabatan berkenaan Nigeria mengemukakan tawaran tender di arena antarabangsa untuk membeli satelit komunikasi, Perbadanan Industri Tembok Besar China berjaya mendapat tender tersebut. Kemudian, kedua-dua pihak menandatangani kontrak bahawa pihak China menyediakan satelit komunikasi kepada pihak Nigeria. Satelit tersebut akan dilancarkan dengan menggunakan roket pembawa Long March 3 B sebelum akhir tahun 2006.

Kerjasama ini merupakan kali pertama China menyediakan perkhidmatan kepada pelangan asing menggunakan satelit dan roket buatan sendiri. Presiden Perbadanan Industri Tembok Besar China encik Wang Haibo menyatakan,

"China menyediakan perkhidmatan dengan mengabungkan perkhidmatan satelit, roket, kawalan di bumi serta insurans. Cara perkhidmatan ini berdaya saing di pasaran antarabangsa."

Kebanyakan satelit asing dilancarkan oleh pihak China di Pusat Pelancaran Satelit Xichang. Ketua Pengarah Pusat itu encik Li Shangfu memberitahu wartawan, Pusat itu sedang diubahsuaikan untuk meningkatkan keupayaan pelancarannya.

"Keupayaan pelancaran satelit di Pusat Xichang mencatat enam hingga lapan unit setiap tahun. Seiring dengan pembangunan ekonomi China dan perkembangan pasaran angkasa lepas antarabangsa, keupayaan pelancaran satelit Pusat Xichang harus ditingkatkan."

----Ching