Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-13 14:03:08    
Barangan "Buatan Liuzhou" Laris Dijual di China

Agensi Berita Xinhua China

Pada tahun 1980-an, barang keluaran bandar Liuzhou, bandar industri penting di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China laris dijual di seluruh negara. Barang keluaran tersebut meliputi kipas angin elektrik, peti sejuk dan peralatan memasak. Sehubungan dengan itu, barang "Buatan Liuzhou" terkenal di China. Akan tetapi, pada 10 tahun kemudian, perkembangan industri di bandar Liuzhou lebih perlahan berbanding dengan bandar lain, sehingga barang keluaran bandar Liuzhou tidak menarik perhatian lagi di pasaran.

Pada tahun 1980-an, terdapat hampir 2000 perusahaan industri dalam pelbagai bidang di bandar Liuzhou. Industri di bandar itu bukan sahaja lebih maju daripada bandar lain di seluruh Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, tetapi juga lebih maju daripada bandar lain di Provinsi Guangdong. Pada ketika itu, jumlah keluaran kipas angin elektrik jenama "Shuangma" dan peti sejuk jenama "Dule" buatan Liuzhou menduduki tempat kedua terlaris di China; mesin basuh buatan Liuzhou terkenal di seluruh negara; cerek elektrik, dapur nasi elektrik dan peralatan memasak lain terkenal di dunia; ubat gigi, mesin jahit dan basikal buatan Liuzhou laris dijual di seluruh negara.

Akan tetapi, disebabkan struktur industri tidak rasional, barang keluaran kurang moden, kos keluaran barangan tinggi dan pasaran merosot, tambahan pula kesukaran yang dihadapi oleh perusahaan milik negara, mengakibatkan barangan "Buatan Liuzhou" tersisih dalam pasaran. Pada masa itu, nilai keluaran keseluruhan industri tahunan dan ekonomi di bandar Liuzhou menurun dengan cepat.

Pada bulan Julai tahun 2002, sidang kerja ekonomi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi telah diadakan di bandar Liuzhou. Dalam sidang itu, kerajaan bandar Liuzhou pertama kali mengemukakan strategi pembangunan iaitu "Membangun semula bandar industri Liuzhou". Berdasarkan strategi itu, jumlah keluaran keseluruhan industri bandar Liuzhou telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh kira-kira lima tahun, mencatat 80 bilion hingga 100 bilion Yuan RMB pada tahun 2007. Usaha pengeluaran barangan "Buatan Liuzhou" sekali lagi diutamakan dalam strategi ekonomi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi.

Setelah bekerja dengan bertungkus-lumus selama beberapa tahun, jumlah keluaran keseluruhan industri bandar Liuzhou meningkat 32%, mencatat 66 bilion Yuan RMB pada tahun 2004. Pembangunan industri pada tahun itu paling pesat dalam tempoh 20 tahun. Industri kenderaan, mesin dan metalurgi merupakan perusahaan utama semula di bandar Liuzhou, tambahan pula industri yang sentiasa mempunyai keunggulan seperti syarikat pengeluar gula dan kertas, nilai keluaran industri tersebut menduduki lebih 70% daripada jumlah keluaran keseluruhan industri bandar Liuzhou. Selain itu, perusahaan pengeluar ubat gigi, ubat, simen dan perusahaan kimia menduduki tempat teratas di kalangan perusahaan tersebut di China. Industri jenama "Buatan Liuzhou" diminati semula.

Pada masa ini, industri kenderaan merupakan perusahaan terpenting di bandar Liuzhou. Jumlah pengeluaran kereta mini mencatat 200 ribu unit setahun, menduduki 25% pasaran China; jumlah pengeluaran lori berat dan sederhana mencatat 50 ribu unit, menduduki tempat ketiga di China; jumlah pengeluaran mesin Syarikat Industri Liuzhou Berhad mencatat lebih 16 ribu unit pada tahun lalu, menduduki tempat pertama di China, dan tempat kedua di dunia. Pada tahun 2004, jumlah pengeluaran besi, besi waja dan produk besi waja Syarikat Besi Waja Liuzhou masing-masing melebihi tiga juta tan. Syarikat itu merupakan perusahaan pertama yang pendapatan penjualannya melebihi 10 bilion Yuan RMB di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi.

----Ching