Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-20 12:09:50    
Kerajaan Provinsi Hunan Berusaha Membangunkan Sektor Pertanian

Agensi Berita Xinhua China

Pada tahun 2004, jumlah keluaran bahan makanan meningkat, pendapatan kaum tani meningkat dan situasi di desa Provinsi Hunan stabil, ini telah menggembirakan lebih 50 juta kaum tani di kawasan itu.

Baru-baru ini, 8 perusahaan pengeluar baja kimia di provinsi itu menunaikan janji kepada seluruh petani di provinsi itu bahawa mereka akan sedaya upaya menurunkan harga baya, menjamin harga baja kimia tidak naik untuk mendorong penanaman pada musim bunga bagi membantu kaum tani meningkatkan pendapatan mereka pada tahun ini.

Pada tahun 2004, jumlah keluaran bahan makanan China meningkat 38.75 bilion kilogram, 1/10 peningkatan tersebut dikeluarkan di Provinsi Hunan iaitu meningkat 3.65 bilion kilogram. Naib Perdana Menteri China Hui Liangyu memuji kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Provinsi Hunan pada tahun lalu. Beliau menyatakan, "Perkembangan di Provinsi Hunan merupakan model perkembangan sosioekonomi di China, perkembangan pertanian di desa provinsi itu paling pesat di China."

Pegawai Jabatan Pertanian Provinsi Hunan menyatakan, walaupun pengeluaran bahan makanan dan pendapatan kaum tani telah meningkat pada tahun lalu, akan tetapi masalah-masalah seperti asas pertanian tidak kukuh, peningkatan keluaran bahan makanan dan pendapatan kaum tani yang tidak tetap secara berterusan tetap wujud dalam perkembangan pertanian pada masa depan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan provinsi itu menetapkan peruntukan sebanyak 400 juta Yuan RMB pada tahun ini untuk mengawal penggunaan tanah, memulihara tanah pertanian yang kurang subur, berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran bahan makanan.

Kerajaan Provinsi Hunan juga akan melaksanakan rancangan secara menyeluruh terhadap sektor pertanian, melaksanakan kawalan terhadap penerokaan gunung hutan, sawah ladang, pencemaran air dan membina jalan raya; membangunkan sektor pertanian ketaraf tinggi iaitu menghasilkan tuaian yang banyak dan stabil, menjamin tuaian yang banyak pada musim kemarau dan hujan serta menjimat air dan efisien penggunaannya; mengutamakan pembinaan kemudahan infrastruktur tali air di tanah pertanian di kawasan pengeluar hasil pertanian yang mempunyai keunggulan dan kawasan utama pengeluar bahan makanan untuk meningkatkan daya pengeluaran bersepadu pertanian di provinsi itu.

Menurut maklumat, jabatan kewangan Provinsi Hunan juga akan terus meningkatkan peruntukan terhadap sektor pertanian, menyediakan bantuan kepada perusahaan industri pertanian, meningkatkan industri pertanian, menyediakan bantuan kepada pangkalan pengeluar barang pertanian dan projek penting yang mampu meningkatkan pendapatan kaum tani dengan pelbagai cara seperti menyediakan pinjaman, mengadakan pelaburan dan menyertai pasaran saham; memperkenalkan sains dan teknologi, membantu pertubuhan kerjasama profesional yang ditubuhkan oleh kaum tani dan meningkatkan kemampuan kaum tani memasuki pasaran.

Serentak itu, kerajaan provinsi itu juga akan meningkatkan peruntukan terhadap kajian dan pelaksanaan sains dan teknologi, pemeriksaan dan pemantauan keselamatan kualiti hasil pertanian, kemudahan pengedaran hasil pertanian dan mengadakan kursus kepada kaum tani; menyempurnakan sistem bantuan kewangan langsung kepada kaun tani untuk meningkatkan keaktifan mereka menanam bahan makanan.

Gabenor Provinsi Hunan encik Zhou Bohua menyatakan, sebagai provinsi pertanian penting di China, perkembangan pertanian Provinsi Hunan harus ditingkatkan. Sehubungan dengan itu, kerajaan provinsi itu akan meningkatkan bantuan terhadap sektor pertanian, kaum tani dan pelbagai usaha di desa.

----Ching