Sejak memasuki abad baru, pasaran perubatan China sentiasa mengalami perubahan, perusahaan perubatan China berkembang pesat, persaingan dalam sektor itu semakin sengit.
Berdasarkan maklumat Naib Ketua Persatuan Perdagangan Perubatan China encik Zhu Changhao, iklim ekonomi antarabangsa, dasar kerajaan dan persaingan pasaran mengakibatkan persaingan perusahaan perubatan China semakin sengit. Pada akhir tahun 2004 kerajaan China membuka pasaran perubatan secara menyeluruh, ini bermanfaat bagi perusahaan perubatan China menyusun semula dan meningkatkan daya saing di pasaran. Pasaran perubatan China berkembang maju. Industri perubatan terus meningkat, penjualan kekal stabil, jumlah import-eksport terus meningkat.
Berdasarkan statistik, setakat akhir tahun 2004, 3731 antara 5071 perusahaan pengeluar ubat-ubatan China telah mendapat pengiktirafan GMP, manakala perusahaan yang gagal mendapat pengiktirafan itu telah ditutup. 91% perusahaan jualan borong ubat-ubatan China dan 86.8% perusahaan jualan runcit ubat-ubatan China telah mendapat pengiktirafan GSP. Sebanyak 1400 perusahaan jualan borong ubat-ubatan dan 11600 perusahaan jualan runcit ubat-ubatan telah ditutup kerana gagal meluluskan pengiktirafan tersebut.
Menurut analisis encik Zhu Changhao, persaingan sektor perubatan China semakin sengit disebabkan pertama sejumlah besar syarikat, kumpulan dan perusahaan yang menggabungkan dan menyusun semula berkembang pesat dan bersaing dalam pasaran; kedua penyusunan semula sumber perubatan merupakan arah penting perkembangan pasaran perubatan China. Pada masa ini, menyusunan semula sumber perubatan, menggunakan dengan efisien saluran urus niaga dan menurunkan kos merupakan tujuan perkembangan perusahaan; dan ketiga, struktur konsumsi di pasaran perubatan dipelbagaikan. Kepelbagaian struktur konsumsi di pasaran perubatan mendorong penyusunan semula struktur barang keluaran perubatan dan menyebabkan pegawai perusahaan industri dan perdagangan perubatan menumpukan perhatian terhadap maklumat pasaran.
|