Menurut Agensi Berita Xinhua China, Wakil WTO di China, Henk Bekedam di Hong Kong semalam menyatakan, China telah melaksanakan tindakan berkesan mencegah Perebakan wabak selesema burung. Setakat ini, tidak terdapat kes jangkitan virus selesema burung kepada manusia dikesan di Tanah Besar China.
Henk Bekedam ketika menghadiri Sidang Tahunan Antarabangsa Ke-38 Majlis Eksekutif Ekonomi Kawasan Lembah Rantau Asia berkata, virus selesema burung yang dikesan di China berlainan dengan virus yang dikesan di Vietnam, kerana virus selesema burung di China tidak pernah menjangkiti manusia.
|