Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-14 15:55:15    
Persoalan Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika

CRI

Tahun ini merupakan sambutan ulang tahun ke-600 Laksamana Cheng Ho belayar ke Asia dan Afrika.

Seperti yang diketahui umum, pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika merupakan kejayaan besar dalam sejarah pelayaran umat manusia, akan tetapi, masih tidak jelas butir-butir tentang pelayaran Cheng Ho tersebut. Misalnya, di lautan yang luas itu, walaupun kapal perang moden hari ini juga sentiasa mengalami bahaya, bagaimana armada Cheng Ho dapat belayar di lautan dengan selamat pada 600 tahun yang lalu? Ke mana mereka pergi? Di mana tempat yang paling jauh mereka sampai? Ada orang mengatakan bahawa armada Cheng Ho telah berjaya sampai di bahagian timur Afrika, armada Cheng Ho dikatakan berjaya sampai di kawasan perairan Atlantik malalui laluan Tanjung Harapan dan juga ada orang mengatakan armada tersebut pernah sampai di Australia serta lain-lain. Tempat mereka pernah sampai dan mengalami masalah dalam pelayaran, kesemua masih menjadi persoalan.

Persoalan pertama kenapa Cheng Ho pergi ke Asia dan Afrika? Berdasarkan catatan sejarah, data kajian tentang Cheng Ho dan pelayarannya ke Asia dan Afrika tidak banyak. Pada zaman silam, ramai pegawai Dinasti Ming tidak bersetuju dan menentang ekspedisi pelayaran tersebut, maka banyak data yang bernilai tentang pelayaran armada Cheng Ho ke Asia dan Afrika telah dimusnahkan dan data tentang matlamat pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika juga berbeza. Ada data menjelaskan Cheng Ho belayar untuk mencari "Maharaja Wen" yang hilang, kerana baginda mungkin telah melarikan diri ke luar negara, ke-2 mereka berpendapat armada Cheng Ho telah melakukan penyelidikan sains samudera dan ingin mengetahui keadaan negara jiran, ke-3 mencari barang-barang bernilai untuk maharaja Dinasti Ming dan ke-4 memperkenalkan tamadun China, menggalakkan Dinasti Ming mengeratkan hubungan persahabatan dengan rakyat pelbagai negara di seberang laut.

Persoalan ke-2 ialah berapa jauh armada Cheng Ho belayar? Dalam tempoh 28 tahun, armada Cheng Ho pernah 7 kali belayar ke seluruh Afrika Timur dan memasuki Atlantik melalui laluan Tanjung Harapan.

Pada tahun 1495, "Peta sedunia" menunjukkan bahawa warga China belayar melalui Kepulauan Maldives tiba di kawasan Tanjung Harapan hujung Selatan Afrika. Ini merupakan salah satu ekspedisi armada Cheng Ho ke Atlantik . Dalam pelayaran selama 28 tahun, armada tersebut berkemungkinan sampai di Australia kerana patung Dewa Umur Panjang China ditemui di Pelabuhan Darwin di barat laut Australia pada tahun 1879. Tentulah, pelayaran tentang armada Cheng Ho ke Australia masih perlu dikaji dan dibuktikan selanjutnya.

Persoalan ke-3 ialah berapa besar rombongan armada Cheng Ho?

Setiap kali armada Cheng Ho belayar ke Atlantik, sekurang-kurangnya mesti mengambil masa setahun dengan anggoata lebih 27 ribu orang yang terdiri daripada lebih 240 buah kapal, bagaimana mereka belayar di laut? Bagaimana pengurusannya? Dan bagaimana kehidupan mereka?

Orang China bukan sahaja telah menemui kompas, tetapi juga yang pertama menggunakan kompas dalam pelayaran. Pada siang hari, armada Cheng Ho menggunakan kompas untuk menentukan arah pelayaran dan pada sebelah malam, mereka berpandukan bintang untuk memastikan pelayaran itu betul.

Berdasarkan catatan sejarah Dinasti Ming, panjang kapal yang dinaiki Cheng Ho kira-kira 147 meter dan lebarnya 60 meter. Armada Cheng Ho terdiri daripada lebih 240 buah kapal dengan membawa air tawar, bahan makanan. Dimaklumkan, sayur-sayuran juga ditanam dan ayam itek juga diternak dalam kapal-kapal tersebut.