Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-14 17:23:24    
Akhbar Singapura-Thailand Nilai Tinggi Penyelesaian Masalah Dagangan Tekstil China-Kesatuan Eropah

CRI

Menurut berita CRI, pihak media massa Singapura dan Thailand masing-masing menerbitkan rencana hari ini menilai tinggi penyelesaian masalah perdagangan barangan tekstil China dengan Kesatuan Eropah dan berpendapat bahawa cara yang menguntungkan kedua-dua belah pihak itu boleh menjadi contoh untuk menyelesaikan masalah seumpama itu antara China dengan A.S.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura dalam rencananya menjelaskan, persepakatan yang dicapai oleh China dan Kesatuan Eropah itu telah mengelakkan masalah perdagangan dua hala menjadi lebih serius lagi.

Akhbar Harian Asia Thailand dalam rencananya menilai tinggi dasar yang diambil oleh pihak China untuk menyelesaikan masalah tersebut dan menyatakan sebarang masalah dapat diselesaikan melalui perbincangan bersahabat antara pihak yang berkaitan.