|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, pegawai Kementerian Industri Maklumat China di Beijing hari ini mendedahkan, kadar pertambahan nilai pengeluaran keseluruhan sektor perisian telah melebihi 38% dalam tempoh tahun 2000 hingga 2004 dengan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Pegawai itu dalam upacara perasmian Ekspo Perisian Antarabangsa China Ke-9 2005 menyatakan sektor perisian berkembang paling pesat dan mempunyai potensi terbesar dalam industri maklumat di China. Jumlah pengeksportan perisian China telah meningkat kepada 2.8 bilion Yuan Renminbi pada tahun lepas daripada 400 juta Yuan Renminbi pada tahun 2000.
|