|
Kerajaan bandar Shanghai mengumumkan baru-baru ini, perkembangan perusahaan pembuatan iaitu perusahaan optik, instrumen dan elektronik akan diutamakan di Shanghai. Berdasarkan maklumat, untuk melepaskan daripada rintangan tanah dan sumber alam, perusahaan pembuatan Shanghai tersebut sedang berkembang maju.
Untuk memainkan peranan bandar pusat ekonomi, kerajaan Shanghai telah menjadikan peningkatan sains dan pendidikan sebagai strategi pembangunan bandar, mengutamakan perkembangan perusahaan pembuatan dan perkhidmatan moden. Dalam cadangan yang ditetapkan, kerajaan Shanghai akan menubuhkan pangkalan perusahaan optik, instrumen dan elektronik untuk meningkatakan keupayaan perusahaan tersebut. Di samping itu, akan memainkan peranan pengajian, penerokaan dan perkhidmatan perantaraan, mengongsi sumber dan memainkan keunggulan perusahaan berkaitan.
Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Ekonomi kerajaan bandar Shanghai encik Yue jingpeng menyatakan, perusahaan optik, instrumen dan elektronik merupakan perusahaan teknologi tinggi, perkembangan perusahaan tersebut harus diutamakan. Perkembangan perusahaan optik, instrumen dan elektronik berpotensi besar di bandar Shanghai. Pada masa ini, nilai keluaran keseluruhan perusahaan optik, instrumen dan elektronik melebihi 66 bilion Yuan RMB setahun, menduduki kira-kira 5.8% nilai keluaran industri tahunan di Shanghai.
Pangkalan pusat perusahaan optik, instrumen dan elektronik tertumpu di kawasan Fengxian di bahagian selatan Shanghai, berdasarkan rancangan, keluasan pusat itu seluas 33 kilometer persegi. Pembangunan kemudahan infrastruktur projek peringkat pertama telah diselesaikan, bengkel seluas 100 ribu meter persegi akan digunakan secara rasmi pada separuh tahun kedua tahun ini. Berdasarkan perkataan pegawai berkaitan, perkembangan industri teknologi dalam bidang barangan keluaran optik, instrumen dan elektronik, industri leser dan robot akan diutamakan di pangkalan perusahaan optik, instrumen dan elektronik Shanghai itu untuk mendorong perkembangan industri pengeluar kereta, kemudahan loji janakuasa elektrik, petrokimia, besi dan besi waja dan lain-lain.
|