Menurut Agensi Berita Xinhua, Pengerusi Dewan Perniagaan Hong Kong, David Eldon baru-baru ini di Hong Kong menyatakan, Hong Kong sebagai jambatan menghubungkan Tanah Besar China telah menyediakan pelantar yang baik bagi korporat transnasional melabur di Tanah Besar China. Di samping itu, Hong Kong sebagai pusat perdagangan dan perkhidmatan sejagat juga harus berpandangan jauh ke arena antarabangsa.
David Eldon ketika diwawancara berkata, seiring dengan pelaksanaan dasar buka pintu Tanah Besar China lebih meluas, semakin ramai pedagang melabur di sana. Dewan Perniagaan Hong Kong akan memberi sokongan kepada korporat berkaitan memasuki pasaran Tanah Besar China. Di samping itu, dewan tersebut juga akan mempelawa lebih banyak korporat transnasional dan tempatan menganggotainya dan memberikan sokongan kepada pembangunan ekonomi Hong Kong.
|