Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-14 15:06:32    
Syarikat SK Energy Asia Tarik Balik Permohonan Pengurusan Penghakiman Terhadap CAO

CRI
Syarikat SK Energy Asia Republik Korea semalam telah menarik balik permohonan pengurusan penghakiman terhadap Syarikat Minyak Penerbangan China (Singapura) Berhad (CAO).

Dilaporkan, Mahkamah Tinggi Singapura semalam secara rasmi mengesahkan rancangaan penyusunan semula hutang CAO. Selepas itu, SK juga mengemukakan petisyen menarik balik permohonannya tentang pengurusan penghakiman terhadap CAO. Mahkamah Tinggi Singapura juga meluluskan petisyen SK tersebut.

Pihak SK menyatakan, CAO telah mengambil langkah penting dan mengkaji rancangan penyusunan semula hutangnya. Rancangan tersebut telah diterima oleh pemiutang dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi, maka, SK tidak perlu lagi memohon pengurusan penghakiman terhadap CAO.

Menurut laporan lain, Bank Sumitomo Mitsui, salah satu pemiutang CAO juga akan menarik balik dakwaan terhadap CAO.