Wartawan CRI melaporkan, pegawai Kumpulan Pendidikan Bahasa Mandarin Luar Negara China Zhang Xinsheng menyatakan di Beijing hari ini, pada tahun-tahun kebelakangan ini, lebih banyak orang asing berminat mempelajari bahasa Mandarin, kerajaan China sedang mengambil banyak tindakan mengembangkan pendidikan bahasa Mandarin untuk memenuhi keperluan mereka.
Beliau menunjukkan, kerajaan China berpendapat usaha mengembangkan bahasa Mandarin sangat penting. Pada belasan tahun lalu, kerajaan China telah menubuhkan Kumpulan Pemimpin Pendidikan Bahasa Mandarin Luar Negara China yang bertugas menyelaras dan memimpin kerja pendidikan. Baru-baru ini, kerajaan China telah mengambil lebih banyak tindakan, antaranya memperkenalkan ujian bahasa Mandarin di luar China, melatih tenaga pengajar bahasa Mandarin di luar negara, menyusun dan menerbitkan pelbagai buku pendidikan dan bahan rakaman vedio, membantu negara berkenaan menguruskan kerja pendidikan bahasa Mandarin.
|