Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-15 13:34:14    
Media Singapura: AS Tidak Boleh Amalkan Dasar Lama Waktu "Perang Dingin" Terhadap Hubungan AS-China

CRI

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura hari ini menyiarkan rencana ulasan yang menjelaskan, Amerika Syarikat tidak boleh mengamalkan dasar lama yang "mengawal" atau "menyekat" sewaktu "Perang Dingin" terhadap hubungannya dengan China.

Dalam rencana itu dinyatakan, Menteri Kanan Singapura Goh Chok Tong ketika melawat Thailand baru-baru ini menyebut, terdapat suara di White House yang ingin menganggap China sebagai seteru, ini amat bahaya dan merupakan pandangan yang negatif, juga tidak berfaedah bagi serantau malah sedunia.

Juga dinyatakan, dalam penyelesaian masalah hubungan dengan China, kini, kuasa golongan helang Amerika Syarikat yang menganggap China sebagai musuh tersembunyi semakin kuat, keadaan ini bukan hal yang baik bagi perdamaian dunia. Pendirian hegemonisme Amerika Syarikat adalah songsang dalam arus zaman, dan bahayanya nyata.