Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-15 14:46:04    
Catatan Lawatan ke Yesanpo Beijing

CRI

Destinasi Pelancongan Yesanpo terletak lebih 100 kilometer dari Bandar Beijing. Dalam tempoh bulan Mei hingga Ogos setiap tahun, merupakan musim yang terbaik bagi pelancong berkunjung ke sana. Bersiar-siar di Lembah Baili yang indah, menaiki rakit buluh di Sungai Juma dan beriadah di rumah petani merupakan acara pelancongan yang sangat menarik.

Jika bertolak dari Beijing dengan menaiki kenderaan selama kira-kira satu jam, pelawat akan sampai ke Yesanpo. Tempat itu seluas 600 kilometer persegi, terdapat beberapa destinasi pelancongan seperti Lembah Baili, Sungai Juma, Pagoda Fudong, Hutan Dara Baicaiban, Lembah Longmen dan Gunung Jinhua. Antaranya, yang paling unik ialah Lembah Baili.

Lembah Baili dikenali sebagai "galeri panjang", pemandangan alam semula jadinya sangat indah. Lembah itu terbentuk oleh 3 kawasan lembah yang panjang keseluruhannya 22.5 kilometer. Oleh itu, lembah itu dinamakan " Lembah Baili". Ketika memasuki Lembah itu, pelawat seakan-akan berada di kayangan. Bunga-bunga bermekaran dan rumput yang hijau kelihutan di kaki gunung yang tinggi dengan jalan yang sempit berliku-liku.

Cik Li Jing pemandu pelancong telah memaklumkan keunikan Lembah Baili: "Di Lembah Baili, terdapat jalan yang sempit di celah-celah gunung. Banyak kawasan yang menarik seperti anak tangga dan jambatan istimewa di Longmentianguan. Semasa memasuki lembah itu, pelawat merasakan semua anak tangga yang berliku-liku terletak antara lembah".

Selain itu, pelawat boleh meneruskan lawatan ke " Lurah Xiezi". Lurah itu dinamakan Lurah Xiezi kerana tumbuh sejenis rumput yang bentuk daunnya seperti mulberi bersaiz kecil. Ramai pelawat suka berkunjung ke "Lurah Xiezi", di sana mereka dapat menikmati pemandangan yang indah dan menyaksikan ruang angkasa di celah-celah awan dan langit yang cerah seolah-olah seutas tali yang kecil dan kelihatan sangat cantik di lembah itu.

Seterusnya, pelawat boleh melawat " Mulut Harimau", kawasan yang dianggap bahaya di Yesanpo. Jika berdiri di sana, pelawat akan merasakan dirinya sangat kecil, tetapi beberapa tiang batu di lereng bukit sama seperti gigi "harimau". Menerusi tempat tersebut, pelawat akan sampai ke "Lembah Haitangyu" yang terkenal. Banyak Bunga Malus Spectabilis mekar di merata tempat. Encik Sha Dan pelancong dari Beijing sangat suka melawat ke tempat itu.

Beliau berkata: "Beliau berkunjung ke sana, bukan saja untuk menyaksikan bunga, tetapi juga kerana tempat itu mempunyai satu cerita dongeng tentang seorang gadis yang bernama Haitang, pada masa dahulu, dia terkorban untuk menyelamatkan bapanya melawan seekor harimau. Untuk memperingati gadis yang gagah beran itu, penduduk tempatan menamakan kawasan itu sebagai " Lembah Haitangyu".

Selepas lawatan di Yesanpo, ramai pelancong suka berkunjung ke kampung Gougezhuang. Mereka tinggal dan makan di rumah petani. Kebanyakan rumah petani di sana bersih dan kadar sewanya hanya 15 Yuan Renminbi seorang untuk satu malam. Cik Ma Chunhua dan suaminya yang berniaga di Beijing akan menginap beberapa hari di rumah petani pada musim panas.

Beliau berkata: " Semua rumah petani di tempat itu disewakan kepada pengunjung. Gaya hidup setiap keluarga petani berbeza. Reka bentuk rumah mereka juga berbeza-beza, ada rumah yang berhalaman, rumah dua tingkat dan lain-lain. Saya menginap di rumah mereka, tidak memerlukan biaya yang tinggi. Saya merasa seronok tinggal di sana".

Pelawat yang tinggal di rumah petani, berpeluang menikmati makanan, lauk-pauk dan sayur hutan yang istimewa di kampung itu. Di Yesanpo, terdapat masakan istimewa yang patut dinikmati oleh para pelancong iaitu kambing panggang yang sangat enak.

Encik Xu Wentian pemilik hostel keluarga Xu pandai memanggang daging kambing. Beliau memaklumkan proses memanggang seekor kambing: "Pelancong yang berkunjung ke rumahnya, mereka memilih sendiri kambing yang hidup dan sihat. Selepas daging kambing itu dibersihkan, dibubur minyak dan rempah rartus, daging kambing itu akan dipanggang sehingga hampir masak, kemudian, sekali lagi dibubur minyak dan rempah ratus dan dipanggang sekali lagi sehingga masak untuk dinikmati.

Di Yeshanpo, selain Lembah Baili, terdapat destinasi pelancongan lain seperti Sungai Juma dan Pagoda Fudong yang sangat menarik, walaupun Yesanpo tidak luas, tetapi, untuk melawat semua destinasi pelancongan di situ, memerlukan masa yang panjang.

---- Wang Ling