Ekspo China-ASEAN kedua akan dirasmikan di Nanning Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China pada bulan Okt. nanti. Kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi meningkatkan taraf perkhidmatan, menyediakan syarat baik bagi para pedagang ASEAN menyertai ekspo itu.
Naib Ketua Setiausaha Pejabat Setiausaha Ekspo China-ASEAN encik Zheng Junjian memberitahu wartawan baru-baru ini, lima jenis barang dagangan yang jumlah perdagangan besar antara China dengan ASEAN akan dipamerkan dalam Ekspo China-ASEAN kedua itu, iaitu kemudahan mesin, peralatan elektronik, bahan binaan, barangan kesenian industri ringan, hasil pertanian dan bahan makanan. Pihak penganjur ekspo kali ini akan menyediakan perkhidmatan agar barangan keluaran ASEAN berjaya dijual.
Menurut beliau, Pejabat Setiausaha Ekspo China-ASEAN akan bekerjasama dengan kastam bandar Nanning dan provinsi Yunnan, menyediakan kemudahan bagi barang pameran ASEAN melalui kastam.
Di samping itu, kerajaan Guangxi akan meningkatkan taraf perkhidmatan dalam bidang penginapan di hotel, perkhidmatan penerbangan dan perkapalan, pengurusan pameran dan lain-lain.
Selain itu, Ekspo China-ASEAN kedua akan diadakan pada 19 hingga 22 Okt, lebih awal dua minggu daripada tarikh ekspo yang diadakan pada tahun lalu. Ini bukan sahaja bermanfaat bagi kaum Islam merayakan Hari Raya Aidilfidri di negara mereka sendiri, tetapi juga bermanfaat untuk menarik lebih ramai pembeli dari seluruh dunia kerana pada ketika itu Pameran Komoditi Eksport China musim gugur telah berhenti.
Encik Zheng Junjian menambah, pelbagai aktiviti telah diaturkan dalam tempoh Ekspo China-ASEAN kali ini, antaranya, Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN kedua, Pesta Kesenian Lagu Rakyat Antarabangsa Nanning, Persidangan Pertemuan Menteri Ekonomi dan Perdagangan Pelbagai Negara dengan Usahawan dan lain-lain untuk menyediakan peluang baik bagi pedagang pelbagai negara melaksanakan urus niaga dalam bidang perdagangan, pelancongan, kebudayan dan lain-lain.
|