Wartawan CRI melaporkan, pegawai Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan Negara China Encik He Bingguang menyatakan di Beijing hari ini, China sedang berusaha meningkatkan kadar penggunaan sumber tenaga untuk menjamin perkembangan ekonomi dengan sihat dan mantap.
Beliau menambah, sumber tenaga China mempunyai ciri-ciri berikut iaitu, jumlah keseluruhannya banyak tetapi jumlah perkapitanya rendah dan penggunaannya tidak selaras. Selain itu, kadar penggunaan sumber tenaga sangat rendah. Untuk mengatasi masalah tersebut, kerajaan China sedang meningkatkan keefisienan penggunaan sumber tenaga melalui menyempurnakan undang-undang, mendorong penerokaan dan pembangunan teknologi penggunaan sumber tenaga baru.
|