Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-16 09:19:32    
Pintu Laluan Perkapalan Dibentuk di Bahagian Barat Daya China

Agensi Berita Xinhua China

Penyelesaian projek dermaga kapal peringkat 200 ribu tan dan laluan perkapalan di bandar Fangchenggang di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi bermakna bandar itu telah menjadi pintu laluan perkapalan di kawasan bahagian barat daya China.

Bandar Fangchenggang terletak di tebing Teluk Beibu di bahagian selatan China, berhadapan negara-negara Asia Tenggara, berjiran dengan Provinsi Guangdong, Makau dan Hongkong di bahagian timur dan berjiran dengan Vietnam di bahagian barat. Terdapat empat pintu keluar masuk peringkat pertama negara, komunikasi di bandar lancar, landasan kereta api dan lebuh raya ekspres berhubung dengan pelabuhan, bandar itu merupakan pintu laluan perkapalan di China.

Pada tahun 1995, kerajaan China menetapkan membangunkan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi sebagai laluan perkapalan di bahagian barat daya China, kerajaan wilayah itu menjadikan bandar Fangchenggang sebagai pintu laluan itu semasa melaksanakan strategi pembangunan. Dalam tempoh banyak tahun yang lalu, kerajaan bandar Fangchenggang mempercepat pembangunan kemudahan infrastruktur pelabuhan, komunikasi dan bandar untuk memikul tanggungjawab import-eksport kargo berjumlah besar di bahagian barat daya dan selatan tengah China.

Setelah dibangunkan dalam banyak tahun, pelabuhan bandar Fangchenggang berkeupayaan mengimport eksport kontena 250 ribu unit setahun, melalui kapal seberat 25 juta tan setahun, merupakan salah satu antara 20 pelabuhan penting di pesisir pantai China.

Di samping itu, pembangunan kemudahan jaringan lebuh raya dan pintu keluar masuk dilaksanakan dengan pesat, pembinaan landasan kereta api dan lebuh raya ekspres telah diselesaikan, ini meningkatkan daya pengangkutan kargo.

Perkembangan pelabuhan mendorong perkembangan industri tempatan. Pada masa ini terdapat banyak perusahaan dalam senarai Furtune 500 di dunia melabur di bandar Fangchenggang.

Pegawai kerajaan bandar itu encik Zhu Jun menyatakan, pada masa ini, pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, kerjasama ekonomi antara China dengan Vietnam menyediakan peluang perkembangan kepada bandar itu.