Pembangunan besar-besaran di kawasan barat telah menyedikan perubahan kepada penduduk yang tinggal di kawasan tersebut. Kawasan barat termasuk 12 provinsi dan kawasan autonomi China seperti Sichuan, Yunnan, Qinghai dan Guangxi.
Forum Kawasan Barat China 2004 telah diadakan di bandar Nanning Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pembangunan Barat Dewan Negara, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China dan Kementerian Perdagangan China pada 18 hingga 10 November 2004. Naib Perdana Menteri China Zeng Peiyan telah menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian itu. Beliau berkata pembangunan besar-besaran di kawasan barat China telah dilaksanakan pada tahun 2000 dan telah mencapai kejayaan yang besar. Jumlah KDNK di kawasan barat purata setiap tahun mencatat 10% dan syarat kehidupan penduduk etnik-etnik yang tinggal di kawasan barat mengalami perubahan yang besar. Dalam tempoh selama 5 tahun ini, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial di kawasan barat telah meningkat dengan cepat.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, taraf hidup penduduk di kawasan barat telah meningkat dengan cepat. Kenderaan persendirian juga semakin banyak di kawasan barat China. Sejak pelaksanaan pembangunan besar-besaran di bahagian barat China pada awal 4 tahun lalu, jumlah kenderaan persendirian mencatat 2 juta 590 ribu buah dan meningkat 81.1%.
Berdasarkan berusaha pelbagai pihak, kos pendidikan mencatat 119.5 bilion yuan Renminbi, meningkat 72.3%. Pembangunan sains dan teknologi juga telah meningkat dengan cepat. Pembangunan perusahaan industri milik negara di kawasan bahagian barat juga meningkat dengan cepat selama 5 tahun ini. Selain itu, jumlah import-eksport meningkat satu kali ganda berbanding 13.7 bilion dolar Amerika, ini membuktikan dasar buka pintu berjaya dilaksanakan di kawasan bahagian barat China.
Serentak itu, jumlah pelepasan asap industri semakin berkurangan di kawasan barat China. Penjejasan asas industri terhadap alam sekitar terlah berkuangan, ini membuktikan penyusunan semula struktur industri di kawasan bahagian barat telah mencapai kejayaan yang besar, pencemaran alam sekitar telah dikurangkan.
Zeng Peiyan berkata pelaksanaan pembangunan besar-besaran di kawasan bahagian barat akan diteruskan. Kejayaan dan kemajuan pembangunan besar-besaran di kawasan bahagian barat hanya merupakan langkah pertama dalam perjalanan Long Mac itu.
Zeng Peiyan berkata pembangunan kemudahan di kawasan bahagian barat agak mundur, ekologi alam sekitar yang buruk di kawasan itu disebabkan pembangunan tidak terancang pada masa lalu. Pembangunan pendidikan dan kesihatan di kawasan bahagian barat juga agak mundur. Sebab itu, pembangunan besar-besaran di kawasan barat tidak dibatalkan, malah telah dilaksanakan dengan lebih cepat.
Beliau menambah pelaksanaan pembangunan besar-besaran di kawasan barat berkaitan erat dengan pembangunan di seluruh negara, pembangunan masyarakat kaya dan perpaduan penduduk pelbagai etnik serta kestabilan di kawasan sempadan.
Beliau berkata Dewan Negara China pada Mei tahun ini telah mengemukakan rancangan meningkatkan secara berterusan pembangunan besar-besaran di kawasan bahagian barat antaranya terdapat 10 projek dan tindakan penting. Ini merupakan dokumen panduan pembangunan di kawasan bahagian barat yang ditetapkan oleh kerajaan baru China. Pelbagai jabatan negara seharusnya membincangkan, menetapkan dan melaksanakan secara berterusan dasar pembangunan besar-besaran di kawasan bahagian barat China. 
|