Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-16 15:16:42    
Sichuan Adakan Pembaharuan Sistem Tender Lalu Pembinaan 9 Lebuh Raya Jimatkan 3.3 Bilion Yuan RMB

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China pada 15 Jun, sejak 3 tahun yang lalu, Provinsi Sichuan yang terletak di bahagian barat daya China mengadakan pembaharuan sistem tender pembinaan 9 lebuh raya. Pembaharuan itu bukan sahaja berkesan mencegah kegiatan rasuah dalam projek pembinaan jalan raya, tetapi juga menjimatkan peruntukan kerajaan sebanyak kira-kira 3.3 bilion Yuan RMB.

Pembaharuan tender tersebut disebut Mekanisme Baru Tender Penilaian Terendah. Berdasarkan meksnisme itu, pelbagai peneder yang lulus pemeriksaan kelayakan, melakukan penilaian terhadap kontrak yang diumumkan oleh pihak pengusaha dalam dokumen tender, seterusnya menyerahkan laporan penilaian masing-masing pada masa yang sama. Pihak yang mengeluarkan tender itu segera mengumumkan sebut harga tender, dan menyenaraikan sebut harga yang disediakan oleh pelbagai pihak penender dari yang paling rendah hingga yang paling tinggi.

Pihak penender yang menyediakan sebut harga yang paling rendah akan ditawarkan kontrak pembinaan itu setelah disahkan oleh Jawatankuasa Penilaian dan Pemeriksaan.

Pada masa ini, kebanyakan kerajaan tempatan di China biasanya melaksanakan sistem tender terbuka, keluaran tender, tawaran tender dan lain-lain.

Ketua Jabatan Komunikasi Provinsi Sichuan Wu Guoxing memaklumkan, sistem-sistem tersebut mempunyai kelemahan yang ketara iaitu agak mudah berlaku rasuah. Sebut harga tender itu agak mudah diketahui orang dan pegawai yang bertugas dalam urusan persiapan, mengeluarkan tender, penilaian dan pemilihan penender agak mudah menerima rasuah.

Mula tahun 1997 hingga sekarang, terdapat seramai belasan orang Ketua Jabatan Komunikasi peringkat provinsi dijatuhkan hukuman penjara disebabkan masalah rasuah. Sewaktu menganalisis apa faktor yang menyebabkan mereka menerima rasuah, kita mendapati faktor utama ialah campur tangan dalam penawaran tender projek pembinanan lebuh raya.

Dalam pembinaan 9 lebuh raya yang diperuntukkan dana sebanyak lebih 25 bilion Yuan RMB, kerajaan Provinsi Sichuan melaksanakan Mekanisme Baru Tender Penilaian Terendah, bukan sahaja berjaya menjimatkan 3.3 bilion Yuan RMB, tetapi juga tidak didapati laporan kes rasuah.

----AZMI