|
Pelajar Beijing Xiao Ming yang baru menyelesaikan peperiksaan untuk memasuki institut pengajian tinggi China ingin melancong ke Mesir pada cuti persekolahan musim panas. Akan tetapi dia tidak mengetahui maklumat tentang urusan tiket dan perkhidmatan destinasi pelancongan di negara lain.
Merujuk ke isu itu, Syarikat Jaringan Maklumat Penerbangan Awam China Berhad telah menandatangani perjanjian kerjasama strategi dengan Syarikat Antarabangsa OAG Britain Berhad baru-baru ini untuk menyelesiakan masalah kekurangan maklumat tentang pelancongan penerbangan tersebut.
Berdasarkan perjanjian itu, kedua-dua pihak China-Britain akan melaksanakan kerjasama dalam dua bidang. Di satu pihak, meningkatkan kerjasama dalam bidang pertukaran maklumat jadual waktu perkhidmatan penerbangan dan perkhidmatan yang menghubungkan penerbangan secara automatik; di pihak lain melaksanakan kerjasama dalam bidang perkhidmatan maklumat destinasi pelancongan. Ini bermakna rakyat China boleh mendapat maklumat dengan cepat tentang lapangan terbang utama di dunia, urusan tiket perkhidmatan penerbangan dan maklumat destinasi pelancongan di sebarang bandar di China.
Disebabkan Syarikat OAG Britain memperoleh lebih seribu maklumat tentang perkhidmatan penerbangan di 3500 lapangan terbang di dunia, manakala Syarikat Jaringan Maklumat Penerbangan Awam China boleh menyediakan perkhidmatan hantaran data-data ke semua syarikat penerbangan, lebih 120 jabatan lapangan terbang, lebih 6000 agensi pelancongan dan hotel di pelbagai tempat di China, kerjasama China-Britain tersebut membolehkan rakyat China mengetahui dengan tepat waktu maklumat perkhidmatan penerbangan di dalam dan luar Negara China, ini memudahkan pelancongan rakyat China.
Berdasarkan pakar berkaitan, kerjasama kalangan maklumat pelancongan penerbangan antara China dengan luar negara itu bukan sahaja meningkatkan ketepatan maklumat yang disediakan oleh sistem maklumat penerbangan China, tetapi juga meningkatkan daya saing syarikat penerbangan China di pasaran dunia.
|