Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-19 16:30:42    
Pameran "Budaya Laksamana Cheng Ho" Akan Diadakan Di Malaysia

CRI

Kapal model dari Zigong, China ini akan dipamerkan dalam Pameran "Budaya Laksamana Cheng Ho". Kiri: Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China yang juga bekas duta besar Malaysia ke China, Datuk A.K Abdul Majid). Kanan: Ketua Pengelola Country Heights Holdings Bhd Encik Lee Kim Yew.

Menurut Harian Sin Chew Malaysia, demi memperingati ulang tahun ke-600 pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika, Pameran "Budaya Laksamana Cheng Ho" akan diadakan di Kuala Lumpur Malaysia pada 5 Julai ini.

Dilaporkan, pihak pengelola iaitu Country Heights Holdings Berhad akan memperuntukkan 5 juta Ringgit untuk mengadakan pameran kali ini. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempengerusikan majlis perasmian pameran tersebut pada 5 Julai ini.

Diperkenalkan, Pameran "Budaya Laksamana Cheng Ho" akan mempamerkan lebih 200 gambar, serta patung, model, lukisan dan lain-lain untuk memperkenalkan latar belakang serta proses selama 30 tahun pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika, memperkenalkan teknik pembuatan kapal dan pelayaran pada zaman silam, menunjukkan sumbangan besar Laksamana Cheng Ho kepada sejarah pelayaran dunia. Di samping itu, pameran itu juga aka mengenang kembali hubungan persahabatan antara China dengan Kerajaan Melaka, serta sejarah persahabatan Malaysia-China.

Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China yang juga mantan duta besar Malaysia ke China, Datuk A.K Abdul Majid dalam sidang akhbar pada 18 Jun menyatakan, seiring dengan Laksamana Cheng Ho melayar ke Asia dan Afrika, Malaysia dan China teleh menjalinkan hubungan persahabatan pada 600 tahun yang lalu. Beliau menambah bahawa pameran kali ini akan memudahkan generasi muda Malaysia mendapat lebih banyak maklumat tentang perihal Laksamana Cheng Ho serta persahabatan Malaysia-China.