Menurut Agensi Berita Xinhua China, bahasa Mandarin yang sukar dipelajari semakin diminati ramai di dunia.
Di A.S., sebanyak 2500 buah sekolah rendah dan menengah ingin menawarkan mata pelajaran bahasa Mandarin dan lebih 200 buah sekolah rendan dan sekolah menengah telah menawarkan mata pelajaran tersebut.
Di Korea Selatan, sebanyak 347 buah universiti telah menawarkan mata pelajaran basaha Mandarin. Menteri Pendidikan negara itu menyatakan sehingga tahun 2007, Korea Selatan akan menawarkan mata pelajaran bahasa Mandarin di sekolah rendah dan sekolah menengah di negara itu.
Di Jerman, bahasa Mandarin telah disenaraikan dalam subjek peperiksaan sekolah menengah di beberapa negeri.
Sehubungan dengan itu, Naib Ketua Menteri Pendidikan China yang juga niab ketua pengarah Kumpulan Pengajaran Bahasa Mandarin di Luar Negara China Encik Zhang Xinsheng menyatakan bahawa selaras dengan hubungan China dengan luar negara semakin erat, peranaan bahasa Mandarin semakin meningkat.
Pada dua tahun kebelakangan ini, pelajar asing yang menyertai Peperiksaan Bahasa Mandarin telah meningkat 40%. China telah menubuhkan 151 pusat peperiksaan di 34 negara. Pada tahun 2004, seramai 90 ribu orang pelajar asing telah menyertai peperiksaan tersebut.
Pada tahun-tahun kebelangan ini, kerajaan China telah memperuntukkan 200 juta dolar Amerika untuk mendorong pengajaran bahasa Mandarin di luar negara.
Kerajaan China akan pertama kali mengadakan Sidang Bahasa Mandarin Sedunia pada bulan depan. Seramai 300 orang akan menyertai sidang tersebut.
|