Menurut Agensi Berita Xinhua China, menjelang fasa pertama perjanjian perdagangan bebas China-ASEAN dirasmikan pada 1 Julai, pegawai Kementerian Perdagangan dan Industeri Filipina menlahirkan harapan perjanjian tersebut dapat mendatangkan peluang baru untuk mengembangkan hubungan perdagangan Filipina-China dan juga bersedia menghadapi cabaran baru.
Ketua Pengarah Biro Hubungan Perdagangan Antarabangsa Kementerian Perdagangan dan Industeri Filipina semasa diwawancara oleh wartawan China menyatakan bahawa pada tiga tahun kebelakangan ini, China sebagai rakan perdagangan Filipina, kedudukannya telah meningkat daripada rakan perdagangan ke-12 kepada ke-4. Jumlah perdagangan kedua-dua negara mencapai 13 bilion dolar Amerika pada tahun lalu. Peningkatan yang cepat adalah di luar dugaan. Perjanjian perdagangan bebas akan mendorong trend perkembangan itu.
Pada Novermber tahun lalu peningkatan yang cepat, pemimpin negara anggota ASEAN dan China menandatangani perjanjian perdagangan bebas dalam Sidang Kemuncak Vientiane dan memutuskan mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak melalui perdagangan barangan, perdagangan perkhidmatan dan pelaburan trans national. Kedua-dua pihak berjanji mula 1 Julai tahun ini menurunkan tarif barangan import tertentu dan membatalkan tarif secara selangkah demi selangkah dalam jangka masa yang dijadualkan.
Sebagai salah sebuah negara penaja ASEAN, Filipina aktif menyertai dan mendorong kerjasama, kemakmuran bersama dan proses integrasi ekonomi kawasan ASEAN. Pada tahun lalu, Presiden Filipina Gloria Arroyo dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China Vientiane menyatakan bahawa matlamat ASEAN ialah menjadi komuniti barangan, perkhidmatan, pelaburan, buruh teknik dan modal beralih secara bebas pada tahun 2020.
|