Menurut akhbar Harian Renminribao China, Jabatan Pentadbiran Pengukuran Negara China memaklumkan semalam, China telah memulakan pengiraan terhadap data pengukuran puncak Qomolangma 2005 dan dianggarkan bahawa keputusan pengukuran ketinggian puncak Qomolangma akan diumumkan pada bulan Ogos.

Para pengukur China telah mendaki puncak Qomolangma pada penghujung bulan lalu dan menjalankan pengukuran terhadap puncak itu. Ia merupakan kali kedua China menjalankan pengukuran terhadap puncak Qomolangma.

Dalam pengukuran pertama yang lalu, ketinggian puncak Qomolangma ialah 8,8848.13 meter.
|