Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-18 10:04:46    
Pelaksanaan Projek Penting Bermanfaat Bagi Kehidupan Penduduk Guangxi China

Agensi Berita Xinhua China

Pembangunan projek penting bukan sahaja bermanfaat bagi pertumbuhan ekonomi di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China, tetapi juga bermanfaat bagi kehidupan penduduk di sana.

Berdasarkan statistik, pada suku tahun pertama tahun ini, sebanyak 915 projek penting yang kos pembinaannya dianggarkan lebih 50 juta Yuan RMB setiap satu telah dilaksanakan di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi dengan jumlah peruntukan sebanyak 14.26 bilion Yuan RMB. Pembangunan projek penting tersebut bermanfaat bagi mendorong pertumbuhan ekonomi di wilayah itu. Pada suku tahun pertama, KDNK Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi berjumlah 7.7 bilion Yuan RMB, meningkat 11.7% berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama. Angka itu lebih tinggi 2.2% berbanding taraf purata seluruh negara, menduduki tempat ke-16 dalam senarai pelbagai provinsi dan wilayah autonomi China.

Semasa mengadakan wawancara, wartawan Agensi Berita Xinhua China mendapati, antara projek penting tersebut, nisbah projek yang dilaksanakan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan lebih besar. Pembangunan projek telah dimulakan untuk membolehkan penduduk di setiap kampung mendengar siaran radio dan menonton program TV, menubuhkan klinik di desa, mukim dan pekan, membasmi kemiskinan dengan cara memindahkan penduduk ke penempatan baru, membina loji metana di desa, menyelesaikan masalah kesukaran dan keselamatan air minuman di desa dan lain-lain sebagainya. Antaranya projek membasmi kemiskinan dengan cara memindahkan penduduk ke penempatan baru telah dilaksanakan di 28 kaunti mundur, usaha tersebut meliputi meneroka dan menetapkan semula tanah pertanian, membina kemudahan tali air, menggali perigi, membina jalan dan lain-lain. Projek tersebut membolehkan seramai 35 ribu orang penduduk tempatan keluar daripada tahap kemiskinan dan membangun dalam jangka panjang; Berdasarkan rancangan projek pembinaan loji metana, sebanyak 100 ribu loji metana baru akan dibina di desa yang mundur, 150 ribu loji metana baru akan dibina di desa yang bukan mundur. Pada masa ini, jumlah loji metana mencatat 2.455 juta buah di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, kadar penggunaannya di rumah mencatat 28.8%, menduduki tempat pertama di China. Projek menyelesaikan kesukaran dan keselamatan air minuman akan dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah keselamatan dan kesukaran air minuman yang dihadapi oleh sejuta penduduk di desa dalam tempoh tahun ini; sebanyak lebih 420 balai polis dan jabatan kehakiman akan dibina dengan jumlah peruntukan sebanyak lebih 55 juta Yuan RMB untuk menyelesaikan masalah kekurangan bangunan pejabat. Pada masa ini projek untuk membolehkan penduduk di setiap kampung mendengar siaran radio dan menonton program TV telah dilaksanakan.

Berdasarkan maklumat, pembangunan sebanyak 20 antara 72 projek penting telah dimulakan oleh kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi. Projek-projek tersebut meliputi pembinaan lebuh raya ekspres yang menghubungkan bandar Tan Lou dan bandar Baise, projek penting perkapalan Naji daerah Youjiang bandar Baise, peningkatan taraf teknologi dandang No. 4 Kumpulan Besi dan Besi Waja bandar Liuzhou dan lain-lain, melibatkan peruntukan sebanyak 1.83 bilion Yuan RMB; pembangunan sebanyak 39 antara 182 projek telah dimulakan oleh kerajaan pelbagai bandar, peruntukan untuk menjayakan projek itu berjumlah 1.23 bilion Yuan RMB.

Berdasarkan maklumat, sebanyak 3.5 bilion Yuan RMB akan diperuntukkan untuk membangunkan projek baru di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, terdapat kira-kira 800 projek penting melibatkan peruntukan lebih 10 juta Yuan RMB dilaksanakan.

----Ching