|
Forum Peringkat Tinggi Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Ke-2 telah diadakan di Beijing baru-baru ini. Para peserta dari pelbagai negara telah mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkembangan ekonomi, dasar pelaburan dan peluang perniagaan di China dan negara-negara ASEAN. Mereka berpendapat bahawa Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan membawa kemakuran dan perkembangan kepada kedua-dua pihak.
Pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Kargo China-ASEAN pada 1 Julai tahun ini sangat bererti penting bagi China dan negara ASEAN kerana ia menandakan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah memasuki tahap kenyataan. Forum diadakan kali ini sempena menjelangnya pelaksanaan perjanjian tersebut.
Duta Besar sepuluh negara ASEAN di China dan pegawai kanan kerajaan kedua-dua pihak telah menghadiri forum itu. Duta Besar Myanmar yang juga Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya ASEAN di Beijing, H. E. U. Thein Lwin ketika menyampaikan ucapan dalam ucapan perasmian forum itu berkata, "Saya yakin kejayaan yang dicapai dalam usaha penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN" akan membawa kemakmuran dan perkembangan kepada negara serantau."
Ketika memperkatakan peranan yang dimainkan oleh China dalam penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, H. E. U. Thein Lwin berpendapat bahawa pertumbuhan ekonomi yang cepat serta kestabilan politik China akan menyumbangkan kemakmuran bersama kedua-dua pihak.
Beliau menyatakan, "China merupakan rakan dagang penting bagi negara ASEAN, kami telah mempelajari dan menimba pengalaman China dalam usaha mengembangkan ekonomi dan menetapkan strategi pembangunan.:
Naib Pengerusi Persatuan Persahabatan Luar Rakyat China, Wang Yunze ketika menyampaikan ucapan dalam forum itu berkata, "Penubuhan Kawasan Perdagangan China-ASEAN bukan sahaja merupakan strategi penting dalam usaha membuka pintu yang dilaksanakan oleh kerajaan China, tetapi juga akan memainkan peranan penting untuk meningkatkan persahabatan dan kerjasama ekonomi antara China dengan ASEAN."
Kerjasama perdagangan China-ASEAN mempunyai prospek yang cerah. Pegawai China dalam Majlis Eksekutif Perdagangan China-ASEAN, Xu Ningning ketika diwawancara oleh wartawan radio kami menyatakan, "Kedua-dua pihak akan bertindak mengurangkan tarif terhadap 7,000 jenis produk yang akan memasuki pasaran antara satu sama lain pada 1 Julai 2005. Kerjasama perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua pihak pasti akan meningkat."
Pegawai Kedutaan Besar Kemboja di China ketika diwawancara oleh wartawan kami berkata, "China yang selaku negara besar di Asia merupakan rakan dagang penting bagi ASEAN. Kemboja akan mendapat banyak faedah daripada Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN kerana harga barang akan semakin murah. Semakin banyak perusahaan China akan melabur di Kemboja, manakala kerajaan Kemboja pula akan mengemukakan dasar keutamaan kepada mereka."
----Fadil
|