Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-04 12:34:36    
China-Perancis Tingkatkan Kerjasama Angkasa Lepas

Agensi Berita Xinhua China

Pada pertengahan bulan April lalu, China menggunakan roket "Long March" menjayakan pelancaran satelit komunikasi "Asia—Pasifik VI " yang dihasilkan oleh Syarikat Alcatel Perancis. Kemudiannya, kedua-dua pihak China dan Perancis menandatangani kontrak satelit siaran langsung radio dan TV "Zhongxing IX " yang bernilai 100 juta Euro di Beijing pada 21 April lalu.

Berdasarkan kontrak tersebut, Syarikat Alcatel akan mengkaji dan membuat satelit komunikasi siaran langsung yang bertaraf teknologi tinggi "Zhongxing IX" untuk Syarikat Kumpulan Komunikasi Satelit China. Satelit tersebut digunakan akan dilancarkan menggunakan roket Long March III B" di Pusat Pelancaran Satelit Xichang pada tahun 2007.

Pengerusi Syarikat Kumpulan Komunikasi Satelit China Encik Zhang Hainan dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Angkasa Lepas Alcatel Puan Su Ruisi menandatangani kontrak China-Perancis tersebut. Perdana Menteri China Wen Jiabao dan Perdana Menteri Perancis Jean-Pierre Raffarin juga menghadiri upacara penandatanganan itu.

Zhang Hainan berkata, satelit siaran langsung TV "Zhongxing IX" menggunakan teknologi satelit komersial yang maju yang disebut "Spacebus" yang disediakan oleh Syarikat Angkasa Lepas Alcatel Perancis. Ia berkilowatt tinggi, berkualiti dan tahan lama. "Zhongxing IX" dan satelit siaran langsung TV yang dibina oleh Kumpulan Sains dan Teknologi Angkasa Lepas China akan membentuk sistem siaran langsung radio dan TV generasi pertama di China.

Tambah beliau, "Zhongxing IX" berkemampuan memancarkan siaran program TV sebanyak 150 hingga 200 jenis melalui ruangan angkasa ke bumi mengunakan teknologi tinggi melalui golombang khas. Pengguna satelit tersebut menggunakan antena kecil yang berdiameter antara 0.45 hingga 0.6 meter boleh menerima siaran program radio dan TV China.

Penggunaan satelit "Zhongxing IX" akan amat memperluas lingkungan perkhidmatan TV dan radio di China, meningkatkan kualiti siaran radio dan TV, meningkatkan kapasiti penyiaran dan bermakna penting untuk menyelesaikan masalah di kawasan desa dan kawasan terpencil yang penduduknya agak sukar menonton siaran TV.

Puan Su Ruisi memaklumkan, "satelit 'Zhongxing IX' dilengkapi dengan 22 mesin transmitor yang bergelombang Ku, tempoh penggunaannya dianggarkan 15 tahun, beratnya 4,500 kilogram sewaktu dilancarkan, jumlah keseluruhan kuasanya kira-kira 11 kilowatt.

Selain mengkaji satelit itu, Syarikat Angkasa Lepas Alcatel Perancis juga bertanggungjawab akan pelbagai tugas lain antaranya, penetapan orbit satelit, pemeriksaan semasa satelit beroperasi di orbit dan lain-lain. Ia juga bertanggungjawab menyediakan prototaip satelit.

Puan Su Rusi berkata, penandatanganan kontrak satelit "Zhongxing IX" melambangkan kerjasama Syarikat Alcatel dengan China dalam bidang satelit selama 20 tahun sedang memasuki satu era baru yang lebih makmur.

Kerjasama bahagian angkasa lepas China dengan Syarikat Angkasa Lepas Alcatel Perancis bermula dari tahun 1984. Syarikat Angkasa Lepas Alcatel Perancis pernah menyediakan komponen peralatan satelit "Zhongxing I" kepada China dan seterusnya menyediakan satelit "Xinnuo I" kepada China pada tahun 1998.

Pada 12 April lalu, satelit "Asia-Pasifik VI" buatan Alcatel telah berjaya dilancarkan menggunakan roket "Long March" China.

-----AZMI