Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-04 12:34:36    
Pengenalan tentang Andrea Cavazzuti yang Suka Menceritakan China dengan Kameranya

Agensi Berita Xinhua China

Encik Andrea Cavazzuti yang berumur 46 tahun dilahirkan di bandar Milan, Itali. Kerana berminat terhadap kebudayaan negara timur, Andrea mengikuti pengajian kesusasteraan bahasa Mandarin di sebuah universiti di Itali setelah beliau lulus sekolah menengah. Pada tahun 1981, Andrea telah mengunjungi bandar Nanjing di bahagian timur China dan mendapati negara China mempunyai banyak perbezaan dengan Itali kerana negara ini baru melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu pada masa itu. Pada tahun 1982, Andrea melanjutkan pengajianya di sebuah universiti yang terkenal di Shanghai China dan dua tahun kemudian, beliau berpindah ke Hong Kong dan bekerja di sebuah syarikat Itali.

Pada tahun 1990, syarikat tersebut membuka cawangannya di Beijing dan Andrea dilantik sebagai pengurus cawangan dan mula tinggal di bandar ini.

Pada tahun 1999, Andrea meletakkan jawatannya sebagai pengurus cawangan syarikat itu di Beijing dan memulakan kerjanya sebagai fotografi bebas.

Semasa memperkatakan kenapa beliau mengambil pilihan tersebut pada masa itu, Andrea berkata kepada wartawan CRI dalam bahasa Mandarin yang lancar, "Sejak kecil, saya sudah berminat mengambil gambar. Sejak tahun 1990-an, saya mula merakam pelbagai peristiwa menggunakan video dan saya suka kerja ini. Pada tahun 1999, saya sudah mempunyai wang simpanan yang mencukupi dan berasa saya boleh menceburi profesion ini sepenuh masa."

Selain Beijing, Andrea juga mengunjungi banyak tempat lain di China. Di setiap tempat, beliau selalu merakamkan banyak pemandangan dan cerita. Seterusnya Andrea menyunting rakamannya dan membuat dokumentari yang mencerminkan kemindahan dan keunikan China.

Andrea berharap menjadikan lebih ramai orang mengetahui China melalui karya dokumentarinya. Beliau berkata, "Saya berharap merakam apa yang dilihat dan apa yang saya rasa dan berkongsi pengalaman itu dengan orang ramai. Kerana setahu saya, terdapat ramai orang di negara barat mempunyai pandangan lama dan salah terhadap China. Saya berpendapat bahawa pandangan tersebut tidak positif dan mungkin akan mengakibatkan berlakunya banyak hal yang kurang baik. Saya berharap karya saya dapat meningkatkan persefahaman orang barat terhadap China".

Pandangan Andrea dihargai tinggi oleh ramai pengarah sandiwara China dan mereka selalu mengundang Andrea menyertai pembuatan multi-media yang digunakan dalam sandiwara. Setakat ini, Andrea telah menghasilkan banyak karya video multimedia dalam beberapa sandiwara yang dipersembahkan oleh Teater Kesenian Rakyat Beijing—teater yang paling terkenal di China, antaranya "Richard III" dan "Penduduk Beijing Baru".

Encik Li Liuyi, Pengarah Teater Kesenian Rakyat Beijing yang pernah bekerjasama dengan Andrea menghargai tinggi usaha Andrea, beliau berkata, "Kami bekerjasama dengan baik, dan saya tidak berasa asing semasa bekerjasama dengannya. Kadang-kadang saya berasa beliau lebih teliti dan profesional."

Puan Jin Xiaobei, warganegara China, isteri Andrea, bertugas di sebuah perusahaan asing di Beijing. Beliau berkata kepada wartawan CRI bahawa mengambil gambar dan video telah menjadi tugas utama kehidupan suaminya. "Beliau pasti membawa kamera setiap kali semasa tugas luar, dan merakam pemandangan atau cerita yang diminatinya. Beliau sudah mengunjungi banyak tempat di China termasuk tempat yang agak terpencil."

----AZMI