Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-24 14:24:03    
Pengenalan tentang Syarikat Shuguang LG--PHILTPS yang Berkembang Pesat

CRI

Syarikat LG-PHILIPS merupakan sebuah perusahaan usahasama China dengan Korea Selatan yang terletak di Bandar Changsha ibu kota Provinsi Hunan di bahagian tengah China. Pada beberapa tahun yang lalu, perusahaan itu berkembang dengan pesat dan keuntungannya meningkat dengan banyak.

Syarikat Shuguang LG--PHILIPS merupakan perusahaan pengeluaran kineskop besar yang diusahakan bersama oleh Kumpulan LG Republik Korea dan Kumpulan Elektrik Shuguang Hunan China pada tahun 1994. Syarikat itu mempunyai tertib pengeluaran kineskop 29 inci yang paling canggih di dunia dan 85% komponen yang digunakan dalam pengeluaran Set TV itu merupakan alat yang dikeluarkan oleh perusahaan China. Syarikat itu mempunyai 4300 orang kakitangan China termasuk kira-kira 30 orang kakitangan Republik Korea.

Syarikat Shuguang LG--PHILIPS ditubuhkan dan beroperasi pada tahun 1996. Syarikat itu berkembang dengan pesat dalam tempoh 9 tahun yang lalu. Naib Ketua Pengurus Syarikat itu puan Li Tongqiu memaklumkan kepada wartawan kami: "Semenjak tahun 1996, syarikat kami telah mengeluarkan 45.l juta buah kineskop. Kini, keupayaan pengeluaran kineskop sehari syarikat kami mencatat 32 ribu buah. Selain itu, syarikat kami mempunyai 5 terbit pengeluaran dan mengeluarkan l5 jenis kineskop". Beliau berkata, jumlah kineskop yang dikeluarkan oleh syarikat kami pada tahun 2004 telah melebihi 11 juta buah.

Kumpulan LG Republik Korea ditubuhkan 50 tahun lalu dan pendapatan tahunannya lebih tinggi daripada syarikat transnasional yang berpendapatan 70 bilion dolar Amerika. Kenapa Kumpulan LG memilih provinsi Hunan sebagai rakan kerjasamanya, Ketua Pengurus Syarikat LG-PHILIPS yang bertugas di syarikat itu Encik Zhen Xang Yun menjelaskan, Kumpulan LG menjadikan Hunan sebagai rakan kerjasama setelah mengadakan penyelidikan dalam pelbagai aspek.

Beliau berkata: "Kami memilih Hunan kerana terdapat beberapa faktor penting iaitu gaji pekerja di sana rendah. Selain itu, semenjak tahun 1994, perusahaan asing yang melabur di provinsi timur China memerlukan kos operasi yang semakin tinggi. Pembangunan kemudahan lalu lintas dan infranstruktur yang lain di sana sangat baik. Kerajaan Provinsi Hunan juga memberi bantuan kepada syarikat kami dalam proses pembangunan perusahaan kami".

Menyentuh dasar keutamaan yang dilaksanakan oleh kerajaan Provinsi Hunan dalam usaha menarik pelabur asing, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Provinsi Hunan Encik Yuan Qianpei memaklumkan: "Dalam pelaksanaan dasar keutamaan, provinsi Hunan menetapkan perusahaan besar yang melabur dengan banyak sebagai projek penting dan membatalkan semua kutipan cukai tempatan di provinsi itu".

Selepas menikmati dasar tersebut, Syarikat Shuguang LG--PHILIPS mencapai kejayaan yang besar. Puan Li Tongqiu berkata: "Syarikat kami merupakan syarikat usaha sama yang terbesar di provinsi Hunan China dan juga memenangi anugerah presiden Republik Korea. Sehingga penghujung tahun 2004, perolehan pendapatan syarikat kami telah melebihi 1.4 bilion yuan Renminbi dan jumlah jualan tahun lalu mencatat 5.1 bilion yuan Renminbi".

Dimaklumkan, pada masa ini, Syarikat Shuguang LG--PHILIPS berkembang menjadi perusahaan elektronik yang terbesar di provinsi Hunan dan menduduki tempat teratas dalam senarai perusahaan elektronik China. Syarikat itu juga menjadi pangkalan penting pengeluaran kineskop dan komponen yang lain di China. Kineskop selain dijual kepada perusahaan utama pengeluar Set TV warna China, juga dieksport ke pelbagai negara dan kawasan termasuk Jepun, India dan Republik Korea dan syarikat itu menjadi perusahaan yang paling banyak jumlah eksportnya di provinsi Hunan.

Encik Zhen Xang Yun mendedahkan, Syarikat Shuguang-PHILIPS memutuskan untuk melabur 2 bilion yuan Renminbi untuk mengeluarkan kineskop yang lebih canggih supaya syarikat itu menjadi pangkalan pengeluaran kineskop yang terbesar di China.

---- Wang Ling