Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-26 15:08:25    
China Sempurnakan Sistem Kadar Pertukaran Wang

CRI

Menurut berita CRI, Perdana Menteri China Wen Jiabao semasa menyampaikan ucapan dalam Sidang Menteri Kewangan Asia-Eropah ke-6 yang dirasmikan di bandar Tianjin hari ini menyatakan, kerajaan China akan terus mendorong pembaharuan kadar pertukaran Yuan RMB, menyempurnakan sistem kadar pertukaran wang yang menghadapi pasaran.

Wen Jiabao menyatakan, cara, isi kandungan dan masa pembaharuan kadar pertukaran Yuan RMB harus dilaksanakan berdasarkan keperluan perkembangan dan pembaharuan China. Pembaharuan kadar pertukaran wang harus dimajukan dengan selangkah demi selangkah untuk mengelakkan berlakunya pergolakan pasaran kewangan dan ekonomi.

Wen Jiabao juga mengemukakan cadangan tentang meningkatkan kerjasama kewangan Asia-Eropah, antaranya meningkatkan dialog dan penyelarasan dasar ekonomi makro, pertukaran pengalaman, meningkatkan kerjasama dalam bidang kewangan, meningkatkan bantuan teknologi dan pembangunan keupayaan kewangan dan lain-lain.

Dalam Sidang Menteri Kewangan Asia-Eropah ke-6 yang dirasmikan di bandar Tianjin hari ini, para peserta akan mengadakan rundingan tentang meningkatkan kerjasama kewangan Asia-Eropah dan hubungan rakan ekonomi yang lebih erat.

Pegawai kewangan 25 negara anggota Kesatuan Eropah dan 13 negara Asia, pegawai Suruhanjaya Kesatuan Eropah serta pegawai kanan Pertubuhan Dana Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pusat Eropah telah menyertai sidang kali ini.