Sisa makanan yang dibuang oleh restoran sukar dilupus kerana mengandungi minyak, air dan mudah busuk. Untuk menyelesaikan masalah itu, kakitangan sains dan teknologi China menubuhkan pusat pelupusan sisa makanan pertama di China menggunakan teknologi mikrobiologi baru-baru ini. Sisa makanan itu dapat dilupuskan menjadi baja organik di pusat itu.
Sisa makanan menduduki separuh jumlah sampah sarap yang dibuang di bandar-bandar utama di China. Sisa makanan tersebut sentiasa dijadikan bahan makanan ternakan. Akan tetapi, disebabkan bahan makanan ternakan tersebut mengandungi pelbagai bakteria, maka kesihatan binatang ternakan tersebut turut terjejas. Selain itu, sisa makanan tersebut menjejaskan ekologi alam sekitar di bandar jika tidak dilupus dengan segera.
Seiring dengan perkembangan teknologi mikrobiologi, kakitangan sains dan teknologi China telah menemui cara untuk melupuskan sisa makanan dan pusat pelupusan sisa makanan pertama telah ditubuhkan di bandar Beijing.
Syarikat Bioteknologi Goldenway Beijing Berhad bertanggungjawab mengkaji dan meneroka teknologi pelupusan sisa makanan. Menurut maklumat ketua jurutera syarikat itu encik Xia Yuqiao, sisa makanan dihuraikan menggunakan sejenis bakteria yang dinamakan bakteria A di pusat itu. Beliau menyatakan,
"Bakteria tersebut kami temui di kawasan pergunungan di Provinsi Sichuan China. Bakteria itu boleh menapai sisa makanan itu sebagai kumpulan bakteria mikrobiologi baru dalam kelembaban suhu yang tertentu."
Berdasarkan maklumat Naib Ketua Pengarah Teknologi Baja Syarikat Bioteknologi Goldenway Beijing Berhad encik Lu He, kumpulan bakteria mikrobiologi menyerap sejumlah besar tenaga semasa menghadamkan sisa makanan itu, sehubungan itu, baja organik yang dikeluarkan menggunakan kumpulan bakteria mikrobiologi membantu tumbuh-tumbuhan tumbuh membesar dan tahan penyakit. Beliau menyatakan,
"Setelah masuk ke dalam tanah, kumpulan bakteria mikrobiologi membiak dengan cepat pada suhu yang sesuai dan berkumpul di sekitar akar tumbuh-tumbuhan dan menghalang penjejasan bakteria penyakit menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan. Kumpulan bakteria mikrobiologi tersebut juga mengeluarkan metabolik yang bermanfaat bagi tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan cepat."
Teknologi pelupusan itu membolehkan sisa makanan dikitar semula dan menyelesaikan masalah kesihatan. Restoran milik encik Ge Ping sentiasa menghadapi masalah membuant sisa makanan. Setelah pusat pelupusan sisa makanan ditubuhkan, sisa makanan restorannya diangkut ke tempat pelupusan menggunakan kenderaan khas setiap hari. Beliau menyatakan,
"Kenderaan pusat pelupusan sisa makanan datang untuk mengambil sisa makanan setiap hari. Ini bermanfaat bagi memastikan kebersihan dapur restoran kami."
Berdasarkan maklumat, pada masa ini, teknologi pelupusan sisa makanan menggunakan mikrobiologi itu berprosepek cerah di China.
----Ching
|