Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-27 10:51:20    
China Bangunkan Mekanisme Pemeriksaan Kualiti secara Saintifik

CRI

Pegawai Jabatan Pentadbiran Am Pemantauan, Pemeriksaan dan Kuarantin Kualiti China mengadakan sidang akhbar di Beijing baru-baru ini, memaklumkan usaha yang dijalankan oleh jabatan itu membanteras jualan barang tiruan yang berkualiti rendah, meningkatkan pemeriksaan dan kuarantin terhadap barangan import-eksport. Naib Menteri Jabatan itu encik Ge Zhirong menyatakan, kerajaan China akan terus meningkatkan pembanterasan terhadap barangan tiruan dan berkualiti rendah, berusaha membentuk mekanisme pemantauan kualiti dalam jangka panjang.

Jabatan Pentadbiran Am Pemantauan, Pemeriksaan dan Kuarantin Kualiti China ditubuhkan pada tahun 2001. Jabatan itu bertanggungjawab terhadap pengurusan kualiti dan pengiraan barang keluaran, pemeriksaan dan kuarantin barangan import eksport negara serta melaksanakan pentadbiran di sisi undang-undang.

Membanteras barangan keluaran tiruan dan berkualiti rendah bermanfaat bagi memelihara order pasaran, melindungi hak dan kepentingan pengguna dan pedagang yang sah, juga merupakan salah satu usaha utama pemeriksaan kualiti barangan. Pada tahun 2004, Jabatan Pentadbiran Am Pemantauan, Pemeriksaan dan Kuarantin Kualiti China mengutamakan tugas pemeriksaan bahan makanan, bahan pembinaan dan peralatan pertanian, membanteras barangan tiruan dan berkualiti rendah. Jumlah barangan yang tiruan dan berkualiti rendah yang dirampas bernilai lebih 3 bilion Yuan RMB pada tahun lalu, kes yang diuruskan berjumlah 200 ribu buah.

Selain membanteras barangan tiruan dan berkualiti rendah, Jabatan itu juga mendorong strategi pengeluaran barangan berjenama untuk meningkatkan kualiti barang keluaran. Sebanyak lebih 500 barang keluaran dipilih sebagai barang keluaran berjenama di China, barang keluaran hampir 1500 perusahaan dikecualikan daripada pemeriksaan, strategi pengeluaran barangan berjenama itu telah menarik perhatian kerajaan pelbagai peringkat dan perusahaan.

Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Am Pemantauan, Pemeriksaan dan Kuarantin Kualiti China Ge Zhirong menyatakan,

"Pada tahun 2005, Jabatan kami akan meningkatkan usaha membanteras barangan tiruan dan berkualiti rendah, memainkan peranan penting untuk menyusun semula dan menstandardkan order ekonomi pasaran, melaksanakan dengan bersungguh-sungguh kawalan terhadap kualiti bahan makanan, peralatan pertanian dan bahan binaan, memeriksa dan mendakwa mereka yang terlibat mengeluarkan bahan makanan tanpa lesen, di samping itu, kami akan berusaha membanteras barangan tiruan di stesen minyak, pusat bekalan gas dan alat ganti kereta dan lain-lain."

Selain membanteras barang tiruan yang berkualiti rendah, tugas utama lain yang harus dilaksanakan oleh Jabatan Pentadbiran Am Pemantauan, Pemeriksaan dan Kuarantin Kualiti China ialah meningkatkan pemeriksaan dan kuarantin terhadap barangan import-eksport. Berdasarkan statistik, pada tahun 2004, import-eksport kargo yang berkualiti rendah, bernilai 16.7 bilion dolar Amerika telah diperiksa dan diuruskan di China, sehingga kualiti import-eksport kargo China terjamin berkualiti baik.

Naib Menteri Ge Zhirong menyatakan, Jabatan itu akan terus mengambil tindakan yang berkesan untuk menjamin keselamatan awam di pintu keluar masuk negara. Beliau berkata,

"Berdasarkan pengalaman kawalan dan pencegahan SARS dan selesema burung, Jabatan kami akan meningkatkan kawalan terhadap penyakit berjangkit di pintu keluar masuk negara, mencegah kemasukan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang berisiko membawa penyakit berbahaya ke China dan menyempurnakan amaran awal menangani bencana di pintu keluar masuk negara."

----Ching