|
Perniagaan wang asing dimulakan secara rasmi di Pusat Sistem Perniagaan Wang Asing dan Dana Interbank Kebangsaan China (CFETS) baru-baru ini. Ini bermanfaat bagi badan kewangan menjalankan perniagaan wang asing di China. Profesor Zhao Xijun yang bertugas di Institut Kewangan dan Sekuriti Universiti Renmin China menyatakan, pelaksanaan urus niaga tersebut bermanfaat bagi mngembangkan dan menyempurnakan pasaran pertukaran wang asing China.
Pada masa dahulu, perniagaan wang asing China sentiasa dilaksanakan dengan bank di luar negara. Seiring dengan China menganggotai WTO, perdagangan antarabangsa semakin berkembang maju, permintaan perniagaan wang asing bertambah banyak di pasaran China. Sehubungan dengan itu, Profesor Zhao Xijun berpendapat, pembukaan perniagaan wang asing di China bermanfaat bagi badan kewangan melaksanakan perniagaan dang penyelesaian hutang wang asing di China, juga bermanfaat bagi menyempurnakan sistem pasaran pertukaran wang asing China. Sistem "Pencipta pasaran" yang lazim di arena antarabangsa digunakan dalam perniagaan wang asing, cara ini merupakan inovasi dalam urus niaga pertukaran wang asing di China.
Berdasarkan maklumat Profesor Zhao Xijun, sistem "Pencipta pasaran" bermakna pusat perniagaan pertukaran wang asing China atau jabatan pengurusan berkaitan memeriksa kelayakan bank yang menyertai usaha perniagaan, memilih bank yang reputasinya baik dan berkeupayaan memelihara pasaran perniagaan pertukaran wang asing. Bank tersebut dinamakan "Pencipta pasaran".
Menurut Profesor Zhao Xijun, antara bank yang menjadi pencipta pasaran perniagaan wang asing kumpulan pertama, terdapat badan kewangan yang terkenal di dunia dan bank modal China. Ini amat bermanfaat bagi bank modal China meningkatkan keupayaan taksiran pasaran, perniagaan dan kawalan risiko.
Berdasarkan maklumat, perniagaan wang asing yang dimulakan pada masa ini telah menyediakan perkhidmatan terhadap urus niaga wang asing. Profesor Zhao Xijun berpendapat, ini bermanfaat bagi mengembangkan dan menyempurnakan pasaran pertukaran wang asing interbank China, menambah jenis wang asing yang berurus niaga, merancakkan perniagaan di pasaran dan meningkatkan skop perniagaan.
|