Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-27 18:59:40    
China Aktif Dorong Kerja Percubaan Pembaharuan Pembahagian Pemilikan Saham

CRI

Menurut berita CRI, Pengerusi Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Sekuriti China, Shang Fulin hari ini di Beijing menyatakan, China akan aktif mendorong pelaksanaan percubaan pembaharuan tentang pembahagian pemilikan saham agar menyelesaikan masalah itu yang mengekang perkembangan pasaran modal China selama ini dan mendorong pasaran modal berkembang dengan sihat.

Untuk menyelesaikan masalah itu, Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Sekuriti China telah mulai melaksanakan percubaan pembahagian pemilikan saham pada hujung bulan April tahun ini dan membenarkan semua saham dari 46 syarikat diniagakan dalam bursa saham. Shang Fulin berkata, pada masa ini, percubaan tersebut telah selesai dilaksanakan dan telah mencapai keberkesanan awal.