Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-27 13:59:33    
"Satu Dunia Satu Impian"

Agensi Berita Xinhua China

Upacara pengumuman slogan Sukan Olimpik Beijing 2008 telah diadakan di Beijing pada 26 Jun 2005. Anggota Tetap Jawatankuasa Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Li Changchun telah menghadiri upacara itu dan mengumumkan slogan Sukan Olimpik Beijing 2008-- "Satu Dunia Satu Impian".

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Liu Qi telah mempengerusikan upacara itu dan menyampaikan ucapan. Beliau berkata, slogan itu telah memperlihatkan impian rakyat China dan rakyat dunia memiliki kampung halaman yang indah, berkongsi hasil tamadun dan bersama-sama mencipta masa depan yang cerah, slogan itu telah mencerminkan keazaman bangsa China yang bersejarah berusaha mewujudkan modenisasi, keharmonian sosial dan kebahagiaan rakyat, ia juga mencerminkan hasrat rakyat China memberi sumbangan untuk mewujudkan perdamaian dunia. Slogan Sukan Olimpik tersebut telah mencerminkan konsep "Olimpik Kemanusiaan" dan imej Sukan Olimpik serta prinsip panduan usaha persiapannya.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacque Rogge telah mengutus kawat kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing untuk mengucapkan tahniah. Beliau berpendapat, slogan itu ditetapkan berdasarkan hakiki semangat Olimpik.

Aktiviti pungutan slogan Sukan Olimpik Beijing mulai diadakan pada 1 Januari tahun ini. Dalam tempoh sebulan sahaja, pihak berkaitan telah memperoleh sebanyak lebih 210 ribu slogan dari Tanah Besar China, Hong Kong, Makau, Taiwan China, A.S., Britain, Perancis, Jepun, Korea Selatan, Cuba, Norway dan Brazil. Pemilihan slogan Sukan Olimpik Beijing 2008 merupakan kesimpulan konsep Olimpik dan kebudayaan tuan rumah.

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing memutuskan, "Satu Dunia Satu Impian" bukan sahaja slogan Sukan Olimpik 2008, tetapi juga slogan Paralimpik 2008.

Setelah slogan itu ditetapkan, slogan lama iaitu "New Beijing Great Olympics" tidak digunakan lagi.