Sejak tahun ini, tempoh peralihan yang disediakan kepada industri dan perusahaan utama China semasa mengadakan rundingan untuk menganggotai WTO akan berakhir. Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Penjejasan Industri Kementerian Perdagangan China puan Wang Qinhua berpendapat, pada masa ini, China harus mengembangkan dan memelihara industri dan perusahaan negara sendiri berdasarkan tindakan penyelamatan perdagangan dan peraturan lain yang lazim digunakan di arena antarabangsa.
Menurut beliau, dalam tempoh peralihan yang akan berakhir, beberapa tindakan pengurusan kerajaan China yang sedia ada akan dibatalkan, beberapa perusahaan akan menghadapi persaingan yang sengit daripada barangan keluaran dan perkhidmatan luar negara. Masalah dalam bidang ekonomi China akan muncul, lebih banyak persengketaan perdagangan akan berlaku, iklim ekonomi dan perdagangan antarabangsa akan semakin rumit.
Menurut maklumat puan Wang Qinhua, tindakan bantuan perdagangan yang lazim digunakan di arena antarabangsa bermanfaat bagi memelihara keselamatan perusahaan. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China telah melaksanakan 37 kes siasatan antilambakan terhadap barangan keluaran yang diimport dari luar negara. Setelah keputusan muktamad dibuat. China berjaya mengambil timbangtara dan mengutip tarif antilambakan melalui pengurusan terhadap 22 antara 37 kes tersebut.
Puan Wang Qinhua berpendapat, China merupakan negara perdagangan penting di dunia, akan tetapi kerajaan China masih belum mahir dalam bidang mengembangkan dan memelihara industri dan perusahaan negara sendiri berdasarkan peraturan yang lazim digunakan di arena antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Perdagangan China akan mengambil beberapa tindakan untuk mewujudkan matlamat itu. Tindakan tersebut meliputi membentuk dan menyempurnakan mekanisme hubungan dan mesyuarat maklumat antara kerajaan dengan perusahaan, terus menggunakan tindakan bantuan perdagangan untuk melindungi iklim perniagaan dan perkembangan perusahaan, menyempurnakan mekanisme amaran awal penjejasan perusahaan dan menjalankan siasatan daya saing perusahaan, meningkatkan latihan terhadap kakitangan perusahaan dan lain-lain.
|