|
Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri China, Wu Yi hari ini di Bejing semasa menemui Menteri Koordinator Perekonomian Indonesia, Aburizal Bakrie menyatakan, prospek kerjasama China-Indonesia dalam bidang ekonomoi dan perdagangan serta lain-lain amat cerah sekali.
Wu Yi berkata, atas usaha bersama kedua-dua pihak, kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Indonesia telah memasuki tempoh perkembangan sihat dan berterusan.
Beliau menambah, ekonomi kedua-dua negara saling melengkapi, hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala penuh dinamik. Beliau yakin prospek kerjasama kedua-dua negara dalam tempoh baru akan lebih cerah.
Aburizal Bakrie mengucapkan terima kasih atas bantuan dan pinjaman kerajaan China kepada Indonesia dan menyatakan bahawa Indonesia bersedia meluaskan pertukaran dan kerjasama ekonomi dengan China.
|