Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-28 14:00:39    
China Aktif Mendorong Pembaharuan Pembahagian Pemilikan Saham

CRI
Pengerusi Suruhanjaya Kawalan Sekuriti China, Shang Fulin dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing semalam menyatakan, China akan giat mendorong usaha pembaharuan pembahagian pemilikan saham untuk menyelesaikan masalah yang mempengaruhi perkembangan pasaran modal China dalam jangka masa panjang serta memangkin pasaran modal berkembang baik.

Pembahagian pemilikan saham merupakan masalah struktur pemilikan saham pasaran modal China dan ia disebabkan fungsi dan peranan sistem pemilikan saham dan pasaran sekuriti tidak sejajar pada peringkat awal. Dalam jangka masa panjang, pemilikan saham syarikat di China terbahagi kepada dua jenis iaitu saham peredaran dan saham bukan peredaran dan saham bukan peredaran tidak diurus niaga di bursa saham. Setakat penghujung tahun 2004, jumlah saham syarikat di China mencapai lebih 710 bilion saham dan saham bukan peredaran menempati 64% antara jumlah keseluruhannya manakala saham milik negara menduduki 74%.

Encik Shang Fulin dalam sidang akhbar semalam menyatakan, pembahagian pemilikan saham merupakan masalah tinggalan sejarah dan ia mempengaruhi perkembangan pasaran modal China. Seiring dengan peluasan skop pasaran sekuriti, masalah itu semakin memberi kesan negatif terhadap pasaran.

"Masalah pembahagian pemilikan saham tidak berfaedah bagi membentuk mekanisme penentuan harga saham yang rasional, ia juga mempengaruhi kestabilan pasaran sekuriti, tidak berfeadah bagi pembaharuan sistem pentadbiran aset negara serta membendung proses mengantarabangsakan pasaran modal dan pembaharuan barangan. Masalah pembahagian pemilikan saham telah menghalang penyempurnaan sistem asas pasaran modal dan ia harus diselesaikan dengan baik."

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Dewan Negara China telah menubuhkan Kumpulan Pimpinan Pembaharuan Pemilikan Saham yang disertai oleh Suruhanjaya Kawalan Sekuriti, Suruhanjaya Pengawalan Aset Negara, Kementerian Kewangan dan lain-lain serta mulai melaksanakan beberapa projek perintis pada April dan Jun tahun ini, mengizinkan pemilikan 46 saham beredar di pasaran. Tindakan ini dianggap sebagai pembaharuan sistem terbesar sejak bursa saham China ditubuhkan. Pada masa ini, projek perintis kumpulan pertama sudah selesai dan mencapai kejayaan, projek perintis kumpulan kedua sedang berjalan lancar.

Encik Shang Fulin ketika memaklumkan usaha pembaharuan pembahagian pemilikan saham di China menjelaskan,

"Projek perintis tidak akan dilaksanakan dengan lama. Dalam proses pelaksanaan projek perintis, kami akan menyimpulkan pengalaman, dan menyempurnakan peraturan dan berusaha menamatkan pembaharuan pembahagian pemilikan saham dalam jangka masa pendek."

Shang Fulin menyatakan, menyelesaikan masalah pembahagian pemilikan saham bukan sahaja akan memperkukuh asas perkembangan pasaran modal China, tetapi juga akan menyediakan syarat bagi pembaharuan lain dalam pasaran modal. Tetapi beliau juga menyatakan, mewujudkan perkembangan berterusan pasaran modal China yang baik mesti meningkatkan mutu syarikat saham. Beliau berkata,

"Suruhanjaya Kawalan Sekuriti akan meningkatkan pentadbiran dan ketelusan syarikat, meningkatkan penyeliaan terhadap pemilik saham dan pegawai kanan syarikat. Di samping itu, memperbaiki struktur syarikat dan menyokong perkembangan syarikat."