Menurut berita CRI, Menteri Perdagangan China Bo Xilai semasa mengadakan rundingan dengan Naib Perdana Menteri Danmark yang juga Menteri Perdagangan negara itu Bendt Bendtsen baru-baru ini di Beijing berharap negara maju termasuk negara anggota Kesatuan Eropah bersikap terbuka terhadap pembangunan ekonomi China.
Bo Xilai menyanjung tinggi sikap adil yang diambil oleh Danmark dalam isu barangan tekstil China-Kesatuan Eropah.
Bendt Bendtsen menyanjung tinggi kejayaan yang dicapai oleh China dalam bidang ekonomi. Beliau berkata, Danmark menentang aa jua bentuk perlindungan perdagangan dalam isu barangan tekstil, menyokong kedudukan ekonomi pasaran menyeluruh China dan berharap China mencapai kejayaan besar dalam bidang perlindungan hak harta intelektual.
|