Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-30 14:32:02    
Program Riadah Rakyat China yang Dilaksanakan Sepuluh Tahun Capai Kejayaan Besar

CRI
Pada 20 Jun 1995, Dewan Negara China mengeluarkan "Program Riadah Rakyat" bertujuan untuk mendorong perkembangan industri sukan dan meningkatkan kesihatan rakyat. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 pelaksanaan program tersebut. Tokoh arena sukan China baru-baru ini menyatakan bahawa sejak program tersebut dilaksanakan selama 10 tahun, industri riadah rakyat China mencapai kemajuan besar.

Dewan Negara China mengemukakan Program Riadah Rakyat pada 20 Jun 1995 dan menetapkan matlamat perkembangan, tugas, dasar dan tindakan industri riadah rakyat China. Dalam program tersebut dinyatakan bahawa matlamat pada tahun 2010 ialah berusaha mewujudkan perkembangan serentak industri sukan dan ekonomi kebangsaan China, meningkatkan tahap kesihatan rakyat China dan menubuhkan sistem riadah rakyat yang bercirikan China.

Pegawai Pusat Kajian Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Profesor Yu Daozhong yang menyertai Jawatankuasa merangka program tersebut telah mengikuti proses pelaksanaan program itu, semasa mengenang kembali peristiwa itu, beliau berkata, "Pada masa itu, industri sukan negara China telah mencapai kejayaan besar. Akan tetapi industri riadah rakyat tidak memenuhi keperluan perkembangan masyarakat, aktiviti riadah tidak dilaksanakan dengan meluas, jumlah rakyat yang selalu beriadah masih rendah, kemudahan sukan tidak memenuhi keperluan rakyat. Oleh itu, Suruhanjaya Kesukanan Negara China semasa itu bercadang merangka program pengembangan sukan riadah rakyat."

Jabatan sukan pelbagai peringkat China melaksanakan program tersebut dengan bersungguh-sungguh. Meningkatkan kesedaran rakyat tentang faedah beriadah melalui media dan menyempurnakan sistem pertandingan sukan rakyat seperti pertandingan bola sepak dan temasya sukan. Encik Yu Daozhong berkata, "Sejak tahun 1995, Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China mengadakan 'minggu riadah seluruh rakyat China' pada setiap tahun. Berdasarkan statistik, seramai 300 juta orang mengambil bahagian dalam aitiviti tersebut pada setiap tahun. Sukan yang disertai oleh orang kurang upaya dan etnik minoriti juga dijalankan dengan lancar, semua tindakan tersebut meningkatkan jumlah rakyat China selalu beriadah."

Jabatan sukan pelbagai peringkat China meningkat peruntukan terhadap industri sukan awam. Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China juga mencadangkan keluarga dan individu melabur dalam industri sukan.

Melalui usaha selama sepuluh tahun, pelaksanaan Program Riadah Rakyat telah mencapai kejayaan besar. Encik Yu Daozhong memaklumkan, "Dalam sepuluh tahun lalu, jumlah orang awam yang selalu beriadah telah meningkat. Jumlah itu pada tahun lalu menduduki 37% jumlah keseluruhan rakyat China. Kadar itu meningkat 6% berbanding 31.4% pada tahun 1991 dan mencapai tahap tertinggi negara membangun. Beriadah telah menjadi kegiatan popular di kalangan masyarakat. Penggunaan sukan rakyat China juga meningkat. Berdasarkan statistik, jumlah orang yang berbelanja lebih 100 Yuan RMB untuk beriadah menduduki 33.3% keseluruhan rakyat China pada tahun 1996, pada tahun 2001, jumlah penggunaan beriadah pada puratanya mencapai 200 Yuan RMB setahun."

Yu Daozhong menyatakan walapun pelaksanaan program tersebut telah mencapai kejayaan, akan tetapi seiring dengan kesedaran riadah rakyat China dan peningkatan penggunana rakyat, mereka harus berusaha bersungguh-sungguh memenuhi keperluan masyarakat dan meningkatkan kesedaran golongan remaja tentang pentingnya aktiviti riadah.