Menurut berita CRI, Penolong Menteri Luar China Shen Guofang dalam sidang akhbar di Beijing hari ini memaklumkan bahawa pelbagai negara kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong berkemungkinan akan menubuhkan Pertubuhan Kerjasama Serantau.
Shen Guofang Semasa menjawab pertanyaan wartawan berkata, 6 negara GMS pada masa ini bercadang menubuhkan Pertubuhan Kerjasama Serantau di Subkawasan Sungai Mekong. China berpendapat bahawa pertubuhan tersebut seharusnya mengintensifkan kerjasama dengan pertubuhan ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai. Oleh itu, China berharap pelbagai negara GMS meningkatkan secara berterusan komunikasi, penyelarasan dan menyempurnakan sistem kerjasama.
Dimaklumkan, Pertubuhan Kerjasama Shanghai berhasrat mempererat kerjasama dan pertukaran dengan negara GMS.
?
|