Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-28 18:33:15    
Rancangan Pengurangan Tarif Barangan China-ASEAN Dilaksanakan

Harian Renmin Ribao
Menurut Harian Renminribao China hari ini, China dan ASEAN akan mengurangkan tarif barangan masing-masing kira-kira 7 ribu jenis yang akan dikuatkuasakan secara rasmi pada 27 Julai sesuai dengan pelaksanaan kadar tarif Zon Perdagangan Bebas.

Kementerian Perdagangan China memaklumkan bahawa Jawatankuasa Perundingan Perdagangan China-ASEAN telah mengadakan sidang ke-19 di Beijing pada akhir bulan Jun. Kedua-dua pihak menetapkan bahawa rancangan mengurngkan tarif barangan di Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN akan dilaksanakan pada bulan Julai menurut jadual.

Pegawai Kementerian Perdagangan China menyatakan rancangan pengurangan taraf tersebut akan meningkatkan perdagangan China -ASEAN, dan kesannya amat positif terhadap peningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak pada masa akan datang.