Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-29 14:57:14    
Kerjasama Pelaburan Manfaatkan Negara-Negara Asia Timur

Harian Renmin Ribao
Menurut Harian Renminribao China, Pengetua Institut Hal-Ehwal Luar China Encik Wu Jianmin semasa diwawancara pemberita di Beijing baru-baru ini menyatakan kerjasama pelaburan akan membawa manfaat kepada negara-negara Asia Timur dalam pelbagai bidang.

Forum Pelaburan Asia Timur 2005 akan dirasmikan di Weihai provinsi Shandong China pada 2 Julai. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum itu Encik Wu Jianmin berpendapat jumlah perdagangan di kawasan Asia Timur telah meningkat, namun jumlah pelaburannya tidak begitu besar. Demi mengatasi masalah itu, usaha meningkatkan pembangunan melalui kerjasama pelaburan merupakan tugas utama negara-negara Asia Timur merancakkan pertumbuhan ekonomi, disamping menggalakkan penyusunan semula industri di Asia Timur.