Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Ketua Pengarah Jabatan Mempermaju Pelaburan Kementerian Perdagangan China Gu Jie hari ini di Hong Kong berkata terdapat 520 ribu perusahaan pelaburan asing yang disahkan di Tanah Besar China setakat akhir Mei tahun ini yang melibatkan pelaburan berjumlah 584.4 bilion dolar Amerika.
Demikian dinyatakan oleh beliau dalam Rundingan Promosi Pelaburan di Hong Kong dari Perundingan Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa China ke-9. Beliau berkata China menarik lebih banyak modal asing untuk meningkatkan pembangunannya sejak melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu di Tanah Besar China. Jumlah eksport dari perusahaan pelaburan asing pada tahun lalu mencatat 57% daripada jumlah keseluruhan eksport di China.
|