Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-30 10:50:47    
Beijing Utamakan Perkembangan Industri Maklumat, Kenderaan dan Perubatan

Agensi Berita China

Menurut Agensi Berita China, Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Beijing, Chai Xiaozhong semalam dalam satu forum di Beijing menyatakan bahawa Beijing akan mengutamakan perkembangan industri maklumat, automobil dan perubatan.

Chai Xiaozhong berkata, jika ingin mewujudkan perkembangan industri tersebut, Beijing harus mendorong menggabungkan industri pengeluaran komputer dan telefon bimbit dengan sektor perkhidmatan perisian dan telekomunikasi; mempercepat penggabungan pengeluaran kenderaan, komponen dan alat ganti kenderaan dengan sektor penyelidikan kenderaan serta sektor perkhidmatan kewangan dan insurans dan mendorong penggabungan sektor pengeluaran perubatan dengan sektor perkhidmatan antaranya penyelidikan dan pengangkutan.