Chongqing sebuah bandar di barat China. Pada beberapa tahun yang lalu, Sektor hartanah berkembang dengan cepat, sehingga menarik banyak syarikat pemaju perumahan China dan luar negara melabur di sana. Pelaburan syarikat asing telah menjana sektor hartanah bandar tersebut.
Pegawai Biro Kawalan Penggunaan Tanah dan Perumahan Bandar Chongqing Encik Zeng Qiang berkata kepada wartawan, semenjak pelaksanaan strategi pembangunan bahagian barat China, Pelbagai infranstruktur di Chongqing disempurnakan secara beransur-ansur dan suasana pelaburan diperbaiki, tindakan ini bukan saja telah menarik syarikat hartanah di Tanah Besar China seperti Syarikat Olimpik Beijing, Syarikat China Shanghai dan Syarikat Lunen Shandong serta syarikat hartanah yang terkenal dari seberang laut seperti Syarikat Ruian Kong Kong, Syarikat Heji Huangpu dan Syarikat Xiangjiang Hong Kong melabur dalam sektor hartanah Chongqing. Berdasarkan statistik, sehingga penghujung Oktober tahun 2004, kira-kira satu bilion yuan Renminbi telah dilabur di pasaran hartanah Chongqing.
Encik Zhang pegawai pejabat pengurusan perumahan menjelaskan: "Kini, jumlah pelaburan asing dalam sektor hartanah kira-kira menempati 15% hingga 20% modal keseluruhan hartanah bandar Chongqing".
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan perkembangan cepat pasaran hartanah, semakin banyak syarikat asing melabur dalam sektor hartanah Chongqing. Berdasarkan statistik, dari tahun 2001 hingga sekarang, pelaburan dalam pembangunan sektor hartanah bandar itu mencatat lebih 100 bilion yuan Renminbi, kadar pertumbuhan tahunan mencatat kira-kira 30%. Antaranya, paling banyak pelabur dari Hong Kong, menempati lebih 80% jumlah keseluruhan pelaburan syarikat luar dalam sektor hartanah. Kini, terdapat 256 buah perusahaan pelaburan Hong Kong di Chongqing dan jumlah pelaburannya mencatat 2.94 bilion yuan Renminbi. 17 buah perusahaan Hong Kong telah melabur sebanyak lebih 30 juta dolar Amerika. Selain itu, syarikat asing juga melabur dalam projek pembangunan bandar lama.
Baru-baru ini, Syarikat Ruian Hong Kong melabur 10 bilion yuan Renminbi dalam projek pembangunan kawasan Hualongqiao Chongqing. Projek itu mendapat sokongan penduduk tempatan. Cik Liu penduduk tempatan berkata kepada wartawan: " Kini, Penduduk tempatan mulai berpindah ke tempat lain, kerana sebuah Syarikat Hong Kong akan membangunkan sebuah kawasan baru yang moden dan lengkap dengan industri pelancongan, perdagangan dan kawasan perumahan. Sebuah bangunan lebih 90 tingkat akan dibina di kawasan tersebut".
Pasaran hartanah Chongqing mempunyai potensi yang besar, menarik banyak pelaburan syarikat luar dalam sektor ini. Keluasan rumah perkapita penduduk Chongqing lebih kecil berbanding tempat lain di China, ini menyediakan peluang yang baik bagi banyak Syarikat Pemaju Perumahan. Naib Ketua Pengarah Biro Kawalan Penggunaan Tanah dan Perumahan Bandar Chongqing Encik Meng Yi menyatakan, pada masa 10 tahun akan datang, urbanisasi bandar Chongqing akan mencapai 45% dan keluasan kawasan bandar utama akan diperluas kepada 2700 kilometer persegi daripada lebih 600 kilometer persegi sekarang.
Encik Zeng Qiang berkata, harga rumah di bandar Chongqing lebih rendah 550 yuan Renminbi berbanding tempat yang lain di China, ini bermakna harga rumah di bandar itu akan terus meningkat dan juga menandakan potensi besar kenaikan harga rumah di pasaran hartanah Chongqing pada masa akan datang.
Encik Ma Shaojun pengurus Syarikat Hartanah Huayuan Olimpik Chongqing menyatakan, Syarikat kami menjadikan Chongqing sebagai bandar pilihan pertama di barat daya China kerana terdapat potensi besar kenaikan nilai pasaran hartanah bandar i tu.
Beliau berkata: " Walaupun belum genap satu tahun syarikat kami melabur di pasaran hartanah Chongqing, tetapi syarikat kami telah mencapai kejayaan yang besar. Pendapatan jualan syarikat kami semenjak bulan Julai hingga penghujung tahun lalu telah mencapai 450 juta yuan Renminbi"
Tokoh hartanah berpendapat, syarikat luar telah menggalakan perkembangan sektor hartanah Chongqing, dan juga menyediakan peluang pilihan yang baik kepada para pengguna untuk membeli rumah baru yang berkualiti tinggi dengan harga yang sama.
---- Wang Ling
|