Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-07 16:05:35    
Besbol China Cipta Kejayaan dalam Sejarah

CRI

Besbol merupakan acara sukan yang dinimati ramai di A.S. Kini, acara besbol semakin popular di China. Prestasi pasukan besbol China juga meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada 22 Mei 2005, pasukan besbol China membuka lembaran baru sejarah. Mereka menewaskan pasukan Republik Korea dengan 4:3 dan meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Besbol Asia ke-23 serta mekelayakkan diri ke peringkat Pertandingan Besbol Antarabangsa yang akan diadakan di Belanda pada bulan September nanti. Ini merupakan kali pertama pasukan besbol China berada di kedudukan ketiga teratas di Asia sejak 20 tahun lalu. Pengerusi Persatuan Besbol China Puan Jiang Xiuyun menyatakan, "Sejak pertama kali pasukan China mengambil bahagian dalam Kejohanan Asia pada tahun 1985, kedudukan pasukan besbol China sentiasa berada di tempat keempat di Asia, tiga pasukan teratas ialah Jepun, Republik Korea dan Taipei China. Kali ini pasukan China menduduki tempat ketiga Kejohanan Asia, walapun kedudukan itu bukan paling atas tetapi kemajuan itu sangat bererti bagi pasukan China. Asia merupakan benua penting acara besbol dunia, Jepun, Republik Korea dan Taipei China merupakan pasukan paling hebat di Asia, menewaskan pasukan Republik Korea adalah kejayaan besar yang dicapai oleh pasukan China."

Dimaklumkan, untuk mendorong perkembangan sukan besbol China, Persatuan Besbol China mengadakan Pertandingan Liga Besbol, melalui usaha selama tiga tahun, jumlah pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut meningkat daripada 4 pasukan pada masa dahulunya kepada 6 pasukan pada masa ini dan jumlah pertandingan meningkat daripada lebih 20 pertandingan pada tahun 2002 kepada 90 pertandingan pada tahun 2005. Pertandingan tersebut menyediakan peluang kepada para pemain besbol China untuk menimba pengalaman. Di samping itu, dalam Pertandingan Liga China pelbagai pasukan besbol China dibenarkan mempelawa pemain import dari Jepun, Republik Korea dan negara lain.

Kejayaan besar yang dicapai oleh pasukan besbol China kerana terdapat satu faktor penting yang lain ialah Persatuan Besbol China menjalinkan hubungan kerjasama erat dengan Persatuan Besbol Profesional A.S. Sejak tahun 2003, Persatuan Besbol China menghantar pemain ke A.S. setiap tahun. Pihak A.S. menghantar dua orang jurulatih berpengalaman melatih pemain besbol China. Pemain besbol China Wang Nan menyatakan, "saya berpendapat dua orang jurulatih itu telah memperkenalkan teknik dan cara latihan yang sangat bagus. Ini merupakan sebab prestasi pasukan kami meningkat dengan cepat. Kemenangan kali ini meningkatkan kepercayaan kami untuk menghadapi pasukan hebat pada masa depan."

Pengerusi Persatuan Besbol China Puan Jiang Xiuyun memberitahu wartawan bahawa mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 merupakan matlamat utama pasukan besbol China dalam tempoh akan datang. Kejayaan yang dicapai dalam Kejohanan Asia menunjukkan strategi perkembangan pasukan besbol China adalah betul.

Di samping itu, Persatuan Besbol China juga meningkat latihan terhadap pemain muda. Pada musim pertandingan ini, Persatuan Besbol China menubuhkan pasukan "Bintang Impian" mengambil bahagian dalam Pertandingan Liga supaya melatih pemain muda yang unggul untuk Sukan Olimpik Beijing 2008. Jiang Xiuyun berkata, "Pasukan 'bintang impian' terdiri daripada 20 pemain muda dari pelbagai tempat di China dan kami juga melantik dua jurulatih warga Republik Korea. Kami juga mempelawa 7 pemain warga Republik Korea berlatih bersama-sama pemain China dan menyertai pertandingan tersebut. Kami berharap melalui latihan itu pasukan tersebut dapat melatih pemain besbol unggul untuk Sukan Olimpik Beijing 2008."

Jiang Xiuyun yakin dengan usaha bersungguh-sungguh itu, prestasi pasukan besbol China akan meningkat pada beberapa tahun akan datang.