Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-01 18:02:38    
Wen Jiabao-Thaksin Shinawatra Saling Utus Kawat Tahniah sempena Ulang Tahun Ke-30 Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Thailand

CRI

Menurut berita CRI, Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra hari ini saling mengutuskan kawat tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik China-Thailand.

Wen Jiabao dalam kawatnya berkata, sempena ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik China-Thailand, saya bagi pihak kerajaan dan rakyat China dan diri saya sendiri mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat dan menyampaikan harapan semoga kerajaan dan rakyat Thailand pimpinan Yang Amat Berhormat sentiasa baik.

Beliau berkata, sejak China-Thailand menjalin hubungan diplomatik pada 30 tahun lalu, hubungan kedua-dua negara berkembang secara menyeluruh. Hubungan yang baik telah membawa keuntungan kepada rakyat kedua-dua negara dan juga memberi sumbangan positif mendorong keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.

Thaksin Shinawatra dalam kawatnya berkata, hubungan persahabatan Thailand-China berkembang lancar dalam pelbagai bidang. Thailand dan China telah menyumbang usaha memelihara keamanan dan kestabilan kedua-dua negara dan rantau ini.