Zhejiang merupakan salah satu provinsi yang pertumbuhan ekonominya sangat cepat di China. Kini terdapat lebih 3 juta orang penduduk yang berasal dari Zhangjiang sedang menjalankan perniagaan di China, bahkan di pelbagai negara lain. Encik Xie Bairong salah seorang antara mereka telah berjaya mencapai kejayaan besar dalam perniagaannya dengan menubuhkan sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang besar di pekan Jiegao, di kawasan sempadan China-Myanmar.
Encik Xie Bairong dilahirkan dalam sebuah keluarga petani di provinsi Zhejiang, timur China pada tahun 1962. Beliau meninggalkan kampung halaman untuk mengembangkan ketika dasar pembaharuan dan buka pintu baru dilaksanakan di China pada awal tahun 1980-an. Atas usaha gigih selama lebih 20 tahun, beliau telah berjaya kejayaan dan menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Bole, salah sebuah perusahaan yang terkenal di provinsi Zhejiang.
Xie Bairong mendapati banyak peluang perniagaan tersedia dengan termeterainya "Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi China-ASEAN secara Menyeluruh" pada November tahun 2002.
Beliau memutuskan membina sebuah pusat perdagangan antarabangsa di Pekan Jiegao selepas mengadakan tinjauan di tempat itu pada tahun 2003.
Beliau berkata, "Saya kurang mengetahui tentang negara Myanmar sebelum itu. Saya telah mengadakan tinjauan ke kawasan sempadan China-Myanmar, China-Rusia dan China-Republik Rakyat Demokratik Korea pada tahun 2003. Saya fikir kawasan sempadan China-Myanmar merupakan tempat yang amat dinamik dan terdapat lebih banyak peluang perniagaan di sana kerana pelaksanaan strategi penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. "
Pekan Jiegao terletak di provinsi Yunan, barat daya China. Pada April tahun 2002, Dewan Negara China telah meluluskan penubuhan zon perdagangan bebas di sana dan mengemukakan pelbagai dasar keutamaan untuk menggalakkan sektor perdagangan tempatan.
Pusat Perdagangan Antarabangsa Bole China-Myanmar merupakan satu-satunya pasaran urus niaga yang berskop besar di Zon Perdagangan Jiegao. Pusat perdagangan itu dibina dengan pelaburan sebanyak 250 juta Yuan Renminbi, dan keluasannya 200 ribu meter persegi.
Encik Xie Bairong memaklumkan kepada wartawan, "Pusat perdagangan itu telah menarik pelbagai usahawan yang besar di China dan Myanmar. Ahli Dewan Perniagaan Myanmar telah menghantar 50 buah syarikat besar perniagaan menjalankan urusan perniagaan mereka di sana. Kami berharap dapat merancakkan perniagaan import-eksport antara China dengan pelbagai negara Asia Tenggara dan Asia Selatan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Jiegao."
|